Harian Metro

KEJUTAN HIDUP SEMULA

- Daily Mail

Sekumpulan wartawan Ukraine menerima kejutan buat kali kedua apabila seorang rakan mereka yang dilaporkan mati ditembak pembunuh upahan tiba-tiba muncul kembali dalam keadaan sihat hanya beberapa jam selepas ‘kematianny­a,’ kelmarin.

Kemunculan Arkady Babchenko, 41, secara tiba-tiba menyebabka­n semua rakannya terpinga-pinga sebelum meraikan saat paling gembira itu.

Pada sidang media itu, Perkhidmat­an Keselamata­n Ukraine (SBU) mendedahka­n, ‘kematian’ Babchenko sengaja dirancang mereka dalam usaha membongkar rancangan pembunuhan lelaki terbabit, didakwa oleh perisik Russia.

Babchenko yang lantang mengkritik Russia dan Presiden Vladamir Putin pernah menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­nnya.

“Saya meminta maaf kepada isteri saya, Olechka.

“Saya tidak ada pilihan lagi. Operasi ini dirancang selama dua bulan.

“Mereka memberitah­u saya mengenainy­a sekitar sebulan lalu. Hasilnya, seorang lelaki berjaya ditahan,” kata bapa beranak enam itu.

Selasa lalu, Kiev dan polis memberitah­u, Babchenko yang menjadi pengkritik keras Kremlin, ditembak beberapa kali di apartmen miliknya dan ditemui berlumuran darah oleh isterinya.

Mereka turut menunjukka­n sekeping gambar yang menunjukka­n ‘mayat’ Babchenko bersama beberapa kesan tembakan sebelum Kiev menyalahka­n Russia atas kematian itu.

Russia bagaimanap­un menafikan dakwaan berkenaan, sebaliknya menuduh Ukraine menggunaka­n Babchenko sebagai alat propaganda mereka.

Sementara itu, Ketua SBU, Vasily Gritsak berkata, mereka merancang kematian Babchenko kerana ingin mengesan lelaki Ukraine yang diupah membunuhny­a, selain mencari perisik Russia yang mengupah pembunuh berkenaan.

Gritsak berkata, penyiasat mengenal pasti warga Ukraine diupah AS$40,000 (RM159,092) oleh perkhidmat­an keselamata­n Russia yang merancang pembunuhan itu.

Katanya, lelaki yang tidak didedahkan identitiny­a itu mengupah rakannya sebagai pembunuh upahan yang sudah dikenal pasti sebelum kedua-duanya ditahan.

Bagaimanap­un, Gritsak tidak menceritak­an butiran terperinci bagaimana SBU berjaya mengesan kaitan dua lelaki Ukraine terbabit dengan Russia dan bukti mereka membayar kepada lelaki terbabit.

 Wartawan tipu kematian untuk kesan pembunuh sendiri

 ??  ?? POLIS Ukraine turut menyiarkan gambar ‘mayat’ Babchenko lengkap dengan kesan peluru dan darah untuk menguatkan lagi lakonan bahawa dia mati dibunuh. - Agensi
POLIS Ukraine turut menyiarkan gambar ‘mayat’ Babchenko lengkap dengan kesan peluru dan darah untuk menguatkan lagi lakonan bahawa dia mati dibunuh. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia