Harian Metro

Kanak-kanak maut dihempap istana belon

-

Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala beberapa lagi cedera ketika bermain istana belon yang terbalik akibat ditiup angin kuat dalam kejadian di tenggara China, Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku di bandar Fengwei, Quangzhou, wilayah Fujian itu turut mengakibat­kan sekurang-kurangnya lima orang dewasa cedera.

South China Morning Post melaporkan, pelampung istana itu didirikan di sebuah dataran orang ramai di bandar terbabit.

Polis Quangang berkata, pelampung istana itu dikatakan adalah sebahagian aktiviti yang disediakan di satu pesta dianjurkan di situ.

Insiden malang itu berlaku ketika pelampung terbabit yang dipenuhi dengan kanak-kanak secara tiba-tiba terbalik dan diterbangk­an angin kuat menyebabka­n mereka terjatuh dan terperangk­ap di bawahnya.

Orang ramai yang cemas berusaha untuk membantu menyelamat­kan kanak-kanak yang ditimpa pelampung berkenaan.

Satu rakaman yang tersebar di media sosial menunjukka­n tiupan angin terlalu kuat turut menyebabka­n kerusi dan meja tercampak termasuk beberapa skuter yang diletakkan berhampira­n kawasan.

Daily Mail melaporkan, mangsa yang jatuh dari pelampung itu dikejarkan ke Hospital Quangang, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

Difahamkan, pegawai kerajaan di bandar itu dan ketua kampung turut berada di tempat kejadian untuk melakukan usaha menyelamat.

Sehingga kini, polis belum mendedahka­n penganjur pesta berkenaan, namun siasatan sedang dilakukan. - Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n orang ramai berusaha mengangkat pelampung berkenaan untuk menyelamat­kan kanak-kanak yang terperangk­ap di bawahnya. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n orang ramai berusaha mengangkat pelampung berkenaan untuk menyelamat­kan kanak-kanak yang terperangk­ap di bawahnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia