Harian Metro

Kawan psiko

- Agensi

 Pasangan kekasih dera teman serumah dengan kejam tak patuhi peraturan ditetapkan

Sepasang kekasih ditahan kerana mendera kejam teman serumah mereka selama dua bulan termasuk mencabut giginya menggunaka­n playar semata-mata kerana wanita itu kononnya tidak mematuhi peraturan untuk tinggal bersama mereka.

Japan Today melaporkan, Ryo Takamura, 28, dan teman wanitanya, Misato Ogura, 27, disyaki mendera mangsa perempuan berusia 25 tahun terbabit dengan memukulnya menggunaka­n kayu, mencabut giginya menggunaka­n playar, menyimbah air mendidih pada wajahnya dan menikam kakinya menggunaka­n besi pencucuk.

Sankei Shimbun melaporkan, penderaan itu didakwa berlaku antara Mac hingga Mei lalu.

Mangsa yang dalam keadaan kritikal kini dirawat di hospital.

Suspek menafikan mendera mangsa, malah mendakwa tidak ingat menyimbah air panas pada wajahnya.

Sebaliknya, mereka mendakwa menghukum wanita itu kerana enggan mematuhi peraturan untuk tinggal di rumah mereka.

Menurut laporan, Ogura bekas majikan mangsa di sebuah salun. Dia menawarkan untuk mangsa tinggal di rumahnya selepas wanita itu mengadu hilang tempat tinggal akibat masalah keluarga.

Penderaan itu terbongkar selepas mangsa pergi ke kedai runcit berhampira­n rumah itu pada 18 Mei lalu.

Pekerja kedai itu yang melihat keadaan wajahnya yang bengkak menghubung­i polis, seterusnya membawa kepada penangkapa­n pasangan terbabit.

Menurut polis, apabila disoal kenapa dia tidak melarikan diri, mangsa berkata, dia terlalu takut dan tidak tahu bagaimana untuk melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia