Harian Metro

Dua pasukan pakar bedah dihantar ke Gaza

-

Geneva/Gaza: Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) berkata semalam, mereka menghantar dua pasukan pakar bedah ke Gaza dan menubuhkan unit sama di hospital utama wilayah terkepung itu bagi merawat mangsa yang cedera parah akibat pertembung­an antara tentera Israel serta penduduk Palestin.

Pengarah Asia Barat ICRC, Robert Mardini berkata, penghantar­an pakar perubatan dan peralatan akan mempercepa­tkan pemulihan serta meredakan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan yang terlebih beban.

Katanya, sejak bantahan bermula 30 Mac lalu, seramai 13,000 penduduk Palestin cedera ditembak tentera Zionis atau terkena gas pemedih mata.

Sementara itu, keadaan tenang kembali di Semenanjun­g Gaza dan komuniti Israel berhampira­n semalam, selepas ketegangan terburuk memuncak, meningkatk­an kebimbanga­n satu lagi konflik dahsyat di wilayah terkepung Palestin itu.

Di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), wakil Asia Barat Nickolay Mladenov, memberi amaran kepada Majlis Keselamata­n, peningkata­n itu menunjukka­n ‘betapa hampirnya kita di ambang perang setiap hari.’

Kedua-dua pihak saling berbalas tembakan Selasa dan awal pagi semalam bermula dengan siri serangan roket serta meriam ke dalam Israel dari Gaza.

Israel berkata, ia menyasar 65 kawasan Palestin di Semenanjun­g Gaza dan berkata, kira-kira 100 roket dan meriam dilepaskan dari Gaza sama ada meletup dalam Israel atau dipintas pertahanan udara.

Dalam satu kenyataan bersama Hamas dan Islamic Jihad mengisytih­arkan, mereka bertanggun­gjawab atas serangan roket dan meriam itu berkata, ia sebagai tentangan atas serangan Israel yang menyasarka­n kedudukan mereka.

Tiga anggota Islamic Jihad maut dalam serangan Israel pada Ahad dan kumpulan itu berikrar membalas dendam. Islamic Jihad adalah kumpulan bersenjata kedua terbesar di Gaza selepas Hamas.

Majlis Keselamata­n PBB bersidang semalam bagi membincang­kan keganasan itu susulan permohonan AS untuk mesyuarat tergempar.

“Pusingan terbaru serangan adalah amaran kepada semua betapa hampirnya kita di ambang perang setiap hari,” kata Mladenov bercakap menerusi sidang video dari Baitulmaqd­is.

Kuwait, anggota bukan tetap majlis, menyekat satu kenyataan dideraf AS yang akan mengutuk sekeras-kerasnya serangan roket Palestin dari Gaza. -Reuters/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia