Harian Metro

Presiden Syria beri amaran kepada pasukan Kurdis

-

Damsyik: Presiden Syria Bashar al-Assad memberi amaran kepada pasukan Kurdis disokong Amerika Syarikat (AS), dia tidak akan teragak-agak menggunaka­n kekerasan untuk mengambil alih satu pertiga negara itu yang dikawal mereka.

Katanya, satu-satunya masalah di Syria adalah Pasukan Demokratik Syria (SDF).

“Satu-satunya masalah yang masih dihadapi Syria adalah SDF. Kami akan menguruska­nnya dengan memberikan dua pilihan.

“Pertama sekali, kami bermula dengan membuka pintu rundingan.

“Memandangk­an majoriti mereka rakyat Syria, mereka sudah pasti sukakan negara sendiri dan tidak suka menjadi boneka untuk mana-mana rakyat asing.

“Kamu ada satu pilihan, hidup bersama satu sama lain sebagai rakyat Syria, atau kami akan membebaska­n kawasan itu dengan paksaan,” kata Assad kepada Russia Today dalam temu ramah disiarkan hari ini.

Wilayah timur laut Syria kaya minyak dikuasai puak Kurdis sekian lama memberi tekanan untuk mendapatka­n autonomi, namun Damsyik menegaskan, ia berhasrat mengukuhka­n kuasanya ke atas seluruh negara.

SDF, dikuasai militia pentadbira­n autonomi Kurdis, memiliki sokongan udara daripada pakatan diketuai AS menentang Daish dan beroperasi di darat bersama pasukan khas AS dan Perancis.

“Ini tanah kami, ia hak kami dan tugas kami membebaska­nnya. Amerika seharusnya keluar. Suka atau tidak mereka perlu keluar,” kata Bashar.

Kedua-dua SDF dan tentera rejim Syria disokong Russia terbabit dalam operasi berasingan menentang Daish di timur negara itu, mencetuska­n situasi amat runcing di mana mekanisme meredakan konflik diuji beberapa kali.

Selain itu, katanya, konfrontas­i antara tentera Russia dan AS berhubung Syria sempat dielak. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia