Harian Metro

BERKORBAN DEMI SUKAN ASIA

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei sedia ‘mengorbank­an’ keinginan tinggi bagi meraih gelaran sulung Kejohanan Dunia di Nanjing, China, Julai depan bagi memberi fokus kepada temasya Sukan Asia Indonesia.

Jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan berkata, jika dibandingk­an antara kedua-dua kejohanan itu, temasya Sukan Asia yang berlangsun­g empat tahun sekali lebih penting memandangk­an ia penampilan terakhir buat pemain berusia 36 tahun itu.

“Sejak awal tahun lagi, fokus utama Chong Wei tahun ini adalah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Sukan Komanwel sudah berakhir dan kini tinggal Sukan Asia.

(gambar)

“Chong Wei tetap akan beraksi pada Kejohanan Dunia cuma tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana ia berlangsun­g setiap tahun dan dia ada peluang lagi tahun depan. Sukan Asia lebih penting memandangk­an ia sasaran utamanya,” kata Hendrawan.

Hendrawan berkata, pemain ranking nombor tujuh dunia itu akan berdepan situasi mencabar dalam persiapan menjelang Sukan Asia memandangk­an ia akan berlangsun­g selepas 10 hari Kejohanan Dunia tamat.

Kejohanan Dunia bermula dari 30 Julai hingga 5 Ogos, manakala Sukan Asia dari 18 Ogos hingga 2 September.

“Boleh dikatakan tempoh yang ada selepas Kejohanan Dunia agak singkat. Sebab itu, fokus lebih kepada Sukan Asia kerana itu adalah sasaran utamanya... memang mencabar tapi saya percaya Chong Wei boleh atasinya,” katanya.

Sebelum Kejohanan Dunia, Chong Wei akan beraksi dalam saingan Terbuka Malaysia dari 26 Jun hingga 1 Julai dan Terbuka Indonesia (3 hingga 8 Julai).

Walaupun sudah berusia 36 tahun, semangat Chong Wei untuk berjuang di peringkat tertinggi tetap membara dan ia dibuktikan berdasarka­n prestasiny­a ketika saingan Piala Thomas di Bangkok minggu lalu apabila mengekalka­n rekod tanpa kalah.

Malah, dia juga berjaya mengatasi pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark di peringkat kumpulan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, apa yang penting untuk Chong Wei adalah semangatny­a. Jika dia masih bersemanga­t untuk bermain, jadi tiada masalah untuknya.

“Semangat juang tinggi akan mengatasi semua perkara terutama ketika usianya semakin meningkat,” kata Hendrawan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Hendrawan ?? Boleh dikatakan tempoh yang ada selepas Kejohanan Dunia agak singkat. Sebab itu, fokus lebih kepada Sukan Asia kerana itu adalah sasaran utamanya”
Hendrawan Boleh dikatakan tempoh yang ada selepas Kejohanan Dunia agak singkat. Sebab itu, fokus lebih kepada Sukan Asia kerana itu adalah sasaran utamanya”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia