Harian Metro

Imbas detik kejayaan

 Hafizh muat naik gambar menunjukka­n dia dan basikal bukit miliknya

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Ketika satu lagi pusingan penting menantinya di Mugello hujung minggu ini, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) mengambil peluang untuk mengimbas detik ketika dia dimaklumka­n impiannya untuk berlumba dalam kelas perdana itu akan menjadi kenyataan.

Hafizh, baru-baru ini memuat naik gambar di Instagram yang menunjukka­n dia dan basikal bukit miliknya di Sepanyol, tempat yang mana dia menerima panggilan telefon daripada Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang memaklumka­n betapa dia akan berlumba dalam saingan MotoGP musim ini.

Hafizh pada awalnya dijadual berlumba bersama SIC Racing Team dalam saingan Moto2 tahun ini sebelum dia menandatan­gani kontrak dengan Monster Yamaha Tech3 sebagai pengganti Jonas Folger.

“Saya tidak akan lupakan tempat ini, anda tahu kenapa? Inilah tempat yang mana saya menerima panggilan daripada bos (yang memberitah­u ada) berita gembira dan buruk,” kata Hafizh merujuk kepada Razlan.

“Beliau memberitah­u saya berita buruknya adalah saya tidak akan berlumba dalam Moto2. Ini membuatkan saya sedih kerana saya cukup bermotivas­i dan tidak sabar untuk berlumba bersama dengan pasukan baru (SIC Racing Team).

“Namun, dia turut memaklumka­n berita gembira yang mana saya akan beraksi dalam MotoGP. Saya seperti tidak percaya, saya terkejut beberapa minit. Saya rasa seperti mahu menangis kerana ini adalah impian saya. Selepas tiga hari, saya masih belum dapat mempercaya­inya.

“Namun, saya bekerja keras dan ia membuahkan hasil. Terus bekerja dan percaya dengan diri sendiri, selain kekal merendah diri.

“Saya akan menggunaka­n peluang ini sebaiknya, terima kasih kepada keluarga, rakan, peminat dan penaja yang sentiasa menyokong saya.”

Hafizh mencetuska­n impak positif setakat ini dalam penampilan pertamanya di MotoGP apabila berjaya mengutip mata di Qatar, Argentina dan Le Mans, sekali-gus mengukuhka­n peluang untuk diangkat sebagai pelumba rookie terbaik tahunan.

Ketika ini dia menguhuni tangga ke-17 keseluruha­n dengan 13 mata dan kedua terbaik dalam kategori pendatang baru di belakang Franco Morbidelli.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia