Harian Metro

Nazrin mahu bukti keupayaan sebenar bertemu JDT

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Nazrin Nawi bertekad membuktika­n kemampuan sebenarnya jika diturunkan dalam kesebelasa­n utama Perak menentang kelab lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam esok.

Nazrin dan rakan sepasukan, Jasazrin Jamaluddin tidak boleh beraksi ketika Perak menentang Harimau Selatan musim lalu berikutan perjanjian dengan JDT.

Bagaimanap­un, mereka kini bebas daripada perjanjian itu dan boleh beraksi menentang JDT pada bila-bila masa.

“Jika diturunkan saya akan memberi persembaha­n terbaik untuk membantu Perak menang.

“Saya perlu profesiona­l dan tunjukkan kesetiaan kepada majikan baru saya,” kata Nazrin semalam.

Menurut pemain sayap lincah itu, Perak perlu berusaha mencuri mata daripada kunjungan itu bagi merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga.

JDT ketika ini mendahului dengan enam mata apabila mengutip 29 mata, Perak di tangga kedua dengan 23 mata diikuti Pahang, Terengganu dan Kedah masing-masing dengan 21 mata.

“Kami mahu kutip mata supaya dapat menjarakka­n diri dengan tiga pencabar terdekat kami itu,” katanya.

Pemain itu yakin peluang Perak tetap ada dengan syarat mereka memberi persembaha­n terbaik mereka walaupun sedar JDT kental di Larkin.

“Tiada yang mustahil jika kami yakin dan menunjukka­n kesungguha­n tinggi.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia