Harian Metro

Annuar harap penyokong Kelantan bersabar

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak khususnya penyokong Kelantan bersabar dan terus menyokong usaha presiden persatuan Bibi Ramjani Ilias Khan dalam membentuk pasukan itu.

Annuar yang sentiasa mengikuti perkembang­an The Red Warriors (TRW) berkata, beliau melihat banyak kritikan dilontarka­n kepada persatuan itu mengenai prestasi serta beberapa tindakan drastik yang berlaku sejak kebelakang­an ini.

“Mutakhir ini saya terbaca banyak kutukan dan ‘takiran’ (kritikan) terhadap pengurusan

KAFA

(gambar)

khususnya

Ramjani.

“Sebagai orang yang pernah melalui sedikit sebanyak asam garam bola sepak Kelantan, saya berpendapa­t kita harus bersabar dan berlaku adil kepada mereka (pengurusan) yang secara jujur dan sanggup menghidupk­an bola sepak negeri ini.

“Tugas ini bukan mudah tapi ramai juag tidak mahu memikul tanggungja­wab. Masing-masing melepaskan diri dan mencari helah, waktu menang ramai memuji tapi

kepada

Bibi bila gagal ramai mencaci, budi tidak dikenang lagi,” katanya menerusi entri di Facebookny­a, semalam.

Pada masa sama, Annuar menasihatk­an KAFA perlu melakukan sesuatu dalam memulihkan kembali imej pasukan susulan aksi tidak konsisten dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Untuk itu, Annuar menganggap pasukan masih memerlukan khidmat pemain berpengala­man walaupun Kelantan kini dibentuk menggunaka­n acuan pemain

muda.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia