Harian Metro

Djokovic bertenaga

- AFP

Bekas juara, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis buat tahun ke-13 berturut-turut apabila menewaskan pemain dari pusingan kelayakan, Jaume Munar 7-6 (7/1), 6-4, 6-4, sementara pilihan kedua, Alexander Zverev bangkit dalam saingan lima set sebelum menumbangk­an Dusan Lajovic.

Djokovic yang muncul juara di Roland Garros pada 2016 dan juga bekas pemain nombor satu dunia, diletakkan selaku pilihan ke-20 apabila bergelut untuk mendapatka­n rentak terbaik selepas pulih daripada kecederaan siku kanannya.

Dia akan bertemu pilihan ke-13 dari Sepanyol, Roberto Bautista Agut bagi merebut tiket ke pusingan 16 terakhir.

“Saya gembira untuk berada di sini dan menyaksika­n ramai penonton yang memberikan sokongan,” kata

Djokovic.

(gambar)

“Jaume seorang pemain hebat. Dia memiliki banyak kualiti dan juga tumpuan yang baik. Tahniah dan terima kasih untuk perlawanan yang baik hari ini.”

Sementara itu, pemain nombor tiga dunia, Zverev bergelut apabila ketinggala­n satu set kepada Lajovic, namun pemain Serbia itu akhirnya keletihan dan terpaksa akur menerusi keputusan 2-6,

7-5, 4-6, 6-1,

6-2.

Zverev yang juga pemenang tiga gelaran Masters masih belum pernah melayakkan diri ke suku akhir

 Mara ke pusingan ketiga selepas atasi Munar

acara Grand Slam dan tersingkir seawal pusingan pertama di Roland Garros, tahun lalu.

Namun, dia berjaya mara ke pusingan ketiga buat kali pertama dan akan bertemu pilihan ke-26 dari Bosnia, Damir Dzumhur dengan fokusnya untuk muncul selaku pemain pertama Jerman memenangi gelaran Terbuka Perancis sejak 1937.

 ??  ?? DJOKOVIC membalas pukulan Munar.
DJOKOVIC membalas pukulan Munar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia