Harian Metro

Tuah Serena pakai ‘Black Panther’

-

Paris: Serena Serena Williams sekali lagi mengenakan sut ketat ‘Black Panther’ pada aksi Terbuka Perancis apabila berganding­an dengan kakaknya, Venus sebelum membenam pasangan Jepun, Shuko Aoyama-Miyu Kato 4-6, 6-4, 6-1 dalam acara beregu.

Pasangan itu yang merangkul gelaran juara pada 1999 dan 2010 dilihat memiliki kelebihan fizikal berbanding lawan.

Venus dan Serena yang masing-masing berketingg­ian 1.85 meter dan 1.75m nyata jauh lebih tinggi mengatasi Aoyama dan Kato yang sekadar memiliki ketinggian 1.54m dan 1.57m.

Bukan saja ketinggian, malah sut ketat yang dikenakan Serena turut mencuri tumpuan selepas dia memakainya buat kali pertama pada aksi pembukaan perseorang­an dengan menundukka­n Kristyna Pliskova 7-6 (7/4), 6-4.

Pemain berusia 36 tahun itu menyatakan sut ketat itu diinspiras­ikan daripada filem pecah panggung, Black Panther, sekali gus menjadikan dia sebagai seorang adiwira.

Serena menjelaska­n sut ketat itu penting buat kesihatann­ya dan mendakwa ia mencegah daripada berlakunya darah beku yang membahayak­an nyawanya selepas melahirkan anak perempuan, Alexis Olympia Ohanian, September lalu.

Namun, Kristyna mempersoal­kan sama ada pakaian sebegitu dibenarkan ketika ditemubual media Republik Czech.

“Saya tertanya-tanya sama ada ia dibolehkan dalam peraturan. Saya tidak tahu sut itu diperbuat dengan bahan apa, nampak seperti neoprena.

“Mereka sepatutnya mengikut undang-undang kalau tidak beraksi saja dalam keadaan bogel.” - AFP

 ??  ?? SERENA (kanan) bersama kakaknya Venus mengatasi pasangan Jepun.
SERENA (kanan) bersama kakaknya Venus mengatasi pasangan Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia