Harian Metro

Ziyech buat pilihan tepat

-

Maghribi membuat penampilan kelima pada pusingan akhir Piala Dunia selepas kali terakhir 20 tahun lalu dengan skuad kali ini tidak pernah ditewaskan sepanjang pusingan kelayakan, namun diikat tanpa jaringan dalam tiga aksi.

Lebih 60 peratus pemain dalam skuad dibimbing Herve Renard itu dilahirkan di Eropah, sekali gus membolehka­n mereka memiliki kualiti mencukupi untuk menjadi ‘kuda hitam’ pada aksi peringkat kumpulan.

Menariknya, satu-satunya kejayaan mereka melepasi

ada pemain berhasrat Piala Dunia sebagai pentas untuk menyerlah, sudah tentu peluang sebegitu akan direbut pemain tengah Maghribi, Hakim Ziyech.

Kontrovers­i menyelubun­gi pemain itu apabila dia membuat keputusan untuk mewakili Maghribi, sekali gus menolak untuk menyertai Belanda hingga dilabel memalukan oleh legenda Belanda, Marco van Basten, namun pilihannya nyata tepat apabila Maghribi akan beraksi di Russia, manakala Belanda hanya menyaksika­n Piala Dunia di kaca televisyen. Pemain tengah itu mengharung­i musim terbaiknya di Ajax dan kini dilihat sebagai pemain terbaik dalam saingan Eredivisie musim lalu dan dengan sembilan gol serta 15

hantaran gol dilakukann­ya, statistik itu sedikit sebanyak sudah menunjukka­n betapa dia berkemampu­an untuk bersaing dengan pemain handalan.

Malah, persembaha­n cemerlang Ziyech musim lalu turut menyaksika­n dia disamakan dengan Christian Eriksen terbaik dalam Serie A dan menjadi tonggak dalam mengemudi benteng pertahanan­nya pada Piala Dunia.

Selain itu, bintang sensasi mereka yang beraksi bersama Ajax, Hakim Ziyech dijangka akan mencuri tumpuan selepas tampil selaku pemain paling kreatif di Eredivisie dan dinobat sebagai Pemain Terbaik Tahunan Belanda.

Dia mendahului carta perancang dalam liga, selain turut meledak sembilan gol buat pasukannya dan juga lapan gol dalam 15 penampilan antarabang­sa bersama Maghribi.

yang pernah mencipta nama bersama Ajax di posisi tengah menyerang sebelum bintang Denmark itu menyertai Tottenham.

Gerakan kaki lincah, keseimbang­an yang baik dan visi menakjubka­n membolehka­n dia memberi ancaman ketika membantu gerakan serangan pasukannya.

Naluri bola sepaknya, sentiasa berada di kedudukan baik dan kebijaksan­aan dimilikiny­a menyebabka­n banyak pasukan di Eropah ‘tidak senang duduk’ dan mula menyatakan minat untuk memancing khidmat pemain berusia 25 tahun itu.

Diundi dalam Kumpulan B, situasi itu sudah pasti memberi peluang kepada Ziyech untuk meraih detik yang akan melonjakka­n kariernya ke tahap lebih tinggi.Diundi bersama bekas juara dunia, Sepanyol dan Portugal yang dikemudi Cristiano Ronaldo, ramai menjangka perjuangan Singa Atlas hanya setakat pada peringkat kumpulan, namun tiada mustahil dalam bola sepak.

Walau apa pun pencapaian Maghribi di Piala Dunia nanti, anda sudah tentu akan menyaksika­n Ziyech menyinar di pentas terulung bola sepak global.

 ??  ?? SEBAHAGIAN besar pemain Maghribi diahirkan di Eropah.
SEBAHAGIAN besar pemain Maghribi diahirkan di Eropah.
 ??  ?? ZIYECH buktikan pilihan untuk tidak menyertai Belanda adalah tepat.
ZIYECH buktikan pilihan untuk tidak menyertai Belanda adalah tepat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia