Harian Metro

Azmoun ‘senjata’ Iran

-

 Bintang muda peledak utama skuad Melli

Dunia 2002 - beliau meninggalk­an pasukan itu sebelum pusingan akhir bermula - Portugal pada 2010 dan dua kali bersama Iran selepas turut layak ke Brazil pada 2014.

Iran muncul pasukan pertama Asia layak ke Russia apabila menjadi juara Kumpulan A dengan berbaki dua perlawanan selain tidak dibolosi dalam tempoh 720 minit permainan.

Kini, anak buah Queiroz akan menyertai Piala Dunia secara berturut-turut buat kali pertama selain menjadi pasukan nombor satu Asia dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) selama empat tahun disebabkan peningkata­n jumlah pemain yang beraksi di Eropah.

Queiroz, 65, mula menggalas tugas jurulatih Iran pada 2011 dan berdepan pelbagai kesukaran sebelum melakar kejayaan bersama pasukan yang diberi jolokan Team Melli itu.

“Peminat amat sayang dengan pasukan ini dan keterujaan yang mereka berikan cukup istimewa. Apabila kami beraksi di tempat sendiri, suasananya

Sentuhan penyudah Sardar Azmoun di pentas antarabang­sa sudah terbukti berbisa dan dia berpotensi menjadi pemain yang menyinar buat skuad Iran pada kempen Piala Dunia 2018 di Russia dengan aksinya sukar diramal.

Penyerang berusia 23 tahun itu sudah meledak 23 gol untuk Iran sejak membuat penampilan pertama menentang

Montenegro pada

2014. cukup hebat dan penyokong yang hadir boleh mencecah 100,000.

“Apabila kami layak ke Piala Dunia, mereka meraikan kejayaan itu sepanjang malam di Tehran,” kata Queiroz yang turut memaklumka­n beliau akan meletak jawatan sebagai jurulatih sebaik tamat kempen Piala Dunia.

Sementara itu, legenda bola sepak

Iran, Ali Daei menyifatka­n Queiroz dan barisan kejurulati­hannya sudah melakukan pengorbana­n cukup besar kepada skuad bola sepak negara itu.

“Beliau sudah melakukan banyak perkara untuk Team Melli.

Salah satu perkara penting yang dilakukann­ya adalah membawa masuk ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan dan menukar pemain lama,” katanya.

Jumlah jaringan itu meletakkan namanya dalam kelompok lima terbaik senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman negara itu.

Dilahirkan di bandar terpencil di Gonbad-e Kavus di timur laut Iran, Azmoun sebenarnya seorang bintang bola tampar ketika zaman remajanya sebelum mendapat tempat bersama akademi bola sepak Sepahan di Isfahan.

Dia mula mencetus impak ketika menyarung jersi skuad belia Iran pada 2009 dan 2013 sebelum dipancing kelab Russia,

Rubin

Kazan pada usia 17 tahun. Dia muncul pemain pertama dari Iran beraksi dalam Liga Perdana Russia.

Azmoun kekal bersama kelab itu biarpun timbul spekulasi mengatakan Arsenal dan Liverpool antara kelab yang berminat untuk mendapatka­n khidmatnya.

Dia berpindah ke satu lagi kelab Russia, Rostov pada 2015 sebelum kembali ke Rubiz Kazan dua tahun kemudian.

Bagaimanap­un, antara prestasi terbaiknya bersama Iran adalah ketika meledak beberapa gol bagi membantu pasukan yang mengekalka­n rekod tanpa kalah sepanjang pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Dia meledak hatrik ketika menentang Macedonia pada Jun 2016 dan gol pembukaan bertemu Uzbekistan seminggu kemudian yang turut mengesahka­n tempat Iran ke Piala Dunia.

Azmoun juga dianggap simbol kepelbagai­an etnik dalam pasukan Iran dengan dia berasal dari kaum minoriti Turkmenist­an Sunni.

“Dia mempunyai kualiti diperlukan untuk berjaya di peringkat tertinggi dan mempamerka­n peningkata­n prestasi setiap masa. Dia perlu kekal merendah diri dan bekerja keras selain membuat keputusan yang tepat.

“Jika dia dapat melakukann­ya, dia akan menjadi bintang bola sepak Iran dan Asia,” kata jurulatih Iran, Carlos Queiroz.

 ??  ?? QUEIROZ AZMOUN (kanan), pemain
bola tampar ketika zaman remajanya.
QUEIROZ AZMOUN (kanan), pemain bola tampar ketika zaman remajanya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia