Harian Metro

Kaki Neymar semakin pulih

- AFP

London: Bintang Brazil, Neymar kini kian cergas untuk kembali pulih daripada kecederaan patah kaki pada sesi latihan yang berlangsun­g di London, jelas rakan sepasukann­ya, Danilo.

Penyerang Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan Februari lalu dan tidak beraksi sejak diketepika­n ketika

Piala Dunia akan mula membuka tirainya, dua minggu lagi.

“Dia menjadi bertambah baik dari hari ke hari, bertambah pantas dan tangkas sekali gus lebih sukar untuk ditandingi,” kata Danilo yang pernah beraksi bersama Neymar ketika di Santos sebelum ini.

“Dia begitu pantas hingga anda tidak tahu dia akan pergi ke kanan, kiri, depan atau ke belakang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kelicikan bekas penggempur Barcelona itu.

“Kami berharap dia dapat bersedia 100 peratus atau bersedia sepenuhnya menjelang aksi di Russia.”

Brazil akan menguji Croatia di Liverpool, Ahad ini, Austria di Vienna pada 10 Jun sebelum membuka kempen Piala Dunia bertemu Switzerlan­d, 17 Jun ini. -AFP Kaherahbol­eh ohamed Salah masih

memainkan peranan utama buat Mesir pada Piala Dunia selepas Persatuan Bolasepak Mesir memaklumka­n kecederaan penyerang Liverpool itu ‘tidak akan lebih’ daripada tiga minggu.

“Insya-Allah Salah akan bersama di Piala Dunia kerana kecederaan yang dialaminya tidak akan lebih daripada tiga minggu,” menurut persatuan itu selepas Presiden Hani Abu Reda dan doktor pasukan bertemu dengan Salah di Sepanyol, yang mana dia sedang menjalani rawatan ketika ini.

Ketiadaann­ya selama tiga minggu itu menyaksika­n Salah tidak akan beraksi hingga 17 Jun dan bermakna dia akan terlepas perlawanan Mesir menentang Uruguay dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 15 Jun.

Mesir kemudianny­a akan berdepan Russia pada 19 Jun dan Arab

Saudi pada 25 Jun.

Salah tiba di Valencia Ahad lalu untuk rawatan pemulihan, sehari selepas dia mengalami kecederaan bahu kerana kekasaran dilakukan pertahanan Sepanyol,

Sergio Ramos ketika perlawanan akhir

Liga Juara-Juara yang menyaksika­n

Real Madrid menang

3-1.

M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia