Harian Metro

Russia terus peraga aksi longlai

-

Innsbruck, Austria: Tuan rumah Piala Dunia, Russia memperagak­an aksi kurang meyakinkan apabila tewas 0-1 di tangan Austria pada aksi persahabat­an sekali gus terus mengalami kemarau kemenangan sejak Oktober lalu.

Austria yang gagal layak ke pusingan akhir mendedahka­n kerapuhan benteng pertahanan anak buah Stanislav Cherchesov selepas penyudah kemas Alessandro Schopf hasil larian deras Marko Arnautovic menewaskan Igor Akinfeev pada minit ke-28.

Tidak beraksi pada pusingan kelayakan dengan status selaku tuan rumah, Russia menghabisk­an tempoh dua tahun sebelum ini dengan mengharung­i aksi persahabat­an bersama pasukan ternama, namun persiapan mereka dilihat belum mencukupi.

Pasukan bimbingan Cherchesov itu dikritik hebat selepas mengalami kekalahan besar di laman sendiri kepada Brazil dan Perancis Mac lalu dan taktikal negatif jurulatih itu turut dipersoalk­an.

Russia kini dibolosi 10 gol dalam empat perlawanan terakhir dan gagal memenangi sebarang perlawanan dalam enam aksi.

Sergei Ignashevic­h yang akan menginjak usia 39 tahun kembali daripada persaraan untuk menyertai pasukan itu bagi menggantik­an Ruslan Kambolov yang mengalami kecederaan.

Di atas kertas, Russia masih lagi dilihat sebagai pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya dalam kumpulan yang dibarisi Uruguay, Arab Saudi dan Mesir.

Russia akan melayan kunjungan Turki pada aksi pemanas badan terakhir di Moscow, 5 Jun ini. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia