Harian Metro

Beri kepercayaa kepada adik

- DARI MUKA 1

“Satu daripadany­a adalah untuk bekerjasam­a dengan adik saya iaitu Irfan Haris dan Haiqal Othman.

Namun, sebagai permulaan, mungkin akan berduet dengan Irfan terlebih dahulu.

“Ini kerana Haiqal berada di Melbourne, Australia menyambung pelajarann­ya. Jadi, ada sedikit kekangan di situ,” katanya.

Berada dalam keluarga berdarah seni, Amira berkata, mereka bertiga berkongsi genre muzik yang sama iaitu balada.

“Kami lebih ke arah lagu berentak balada. Irfan pun boleh hasilkan lagu sendiri. Apa saya nampak, dia juga menuju ke arah lagu berentak balada yang penuh emosi,” katanya.

Menurutnya, dia juga memberi kepercayaa­n kepada adiknya itu untuk menghasilk­an lagu sebagai single akan datangnya.

“Sekarang Irfan sedang hasilkan lagu untuk single saya yang seterusnya. Pada masa sama, dia pun sibuk hasilkan lagu untuk single barunya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya seni sepanjang Ramadan, Amira memaklumka­n dia kini sibuk dengan projek kerjasama dengan jenama pakaian.

“Sesuai dengan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, saya bekerjasam­a dengan pereka fesyen Zareeth Zehra menerusi Zareeth Zehra X Amira Othman dan kami keluarkan rekaan baju kurung.

“Selain itu, ada beberapa program TV yang sudah dirakamkan sebelum Ramadan, jadi bulan ini saya banyak masa untuk rehat dan lebih santai,” katanya. -Syafil Syazwan Jefri

Irfan dalam proses hasilkan lagu untuk single Amira seterusnya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia