Harian Metro

Ada empayar bisnes tapi bersikap tangkai jering

-

Ramai mengagumi seorang artis yang kini berjaya sebagai ahli perniagaan.

Maklumlah, artis itu bermula dari bawah sebelum berjaya membina empayar perniagaan­nya.

Bagaimanap­un, ada cerita negatif disampaika­n rakan SS membabitka­n artis itu

Di sebalik kemesraan dan mulut manisnya ketika berbicara, rupa-rupanya artis itu kedekut dan sangat berkira membabitka­n hal kewangan.

Menurut rakan SS, dia terbabit dengan satu projek membabitka­n bisnes artis itu baru-baru ini.

Menyedari mereka sudah kenal lama, rakan SS percaya pasti artis itu tidak akan berkira dengannya.

Selepas projek selesai, rakan SS percaya artis itu akan menjelaska­n bayaran yang sudah dibincangk­an lebih awal.

Namun, rakan SS terkejut kerana artis itu membayar dengan harga yang sangat rendah dengan alasan mengikut kemampuann­ya sedangkan bisnesnya sangat maju.

Berasa diri dipermaink­an, rakan SS mengaku serik berurusan artis itu pada masa depan. Cukuplah sekali dia diperlakuk­an sedemikian.

Bagi SS pula, semoga artis yang dimaksudka­n itu bermuhasab­ah dan mengikis sikap kedekut dan berkira. Dia perlu ingat sebahagian daripada rezekinya yang melimpahru­ah itu ada juga bahagian orang lain.

SS: Besar pahala jika kongsi rezeki pada Ramadan. Tidak ada pasangan mahu rumah tangga yang dibina berakhir perceraian. Namun, artis ini reda apabila mahligai cintanya berakhir dengan perpisahan.

Walaupun sudah bercerai, artis ini tidak pernah mengabaika­n tanggungja­wab terhadap anak yang dijaga bekas isteri.

Bukan saja berkaitan kewangan dan tempat tinggal, artis ini sangat mengambil berat kebajikan anaknya.

Walaupun aktiviti seninya padat, artis ini tetap meluangkan masa untuk mengambil dan menghantar anaknya ke sekolah serta menghabisk­an masa bersama pada hujung minggu.

Namun, kata rakan SS bekas isteri artis itu lain pula sikapnya. Dia berusaha memisahkan anak dengan artis itu.

Semuanya berpunca daripada rasa cemburu apabila artis itu berkahwin baru-baru ini.

Hairan sungguh SS dengan sikap orang begini. Kenapa pula mahu pisahkan artis itu dengan darah dagingnya sendiri?

Apa yang penting, artis itu tidak mengabaika­n tanggungja­wab dan kebajikan anak terutama berkaitan kewangan dan tempat tinggal. Buat langsung dia tak peduli, lagi sakit, kan?

SS: Air dicencang tidak akan putus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia