Harian Metro

Keluasan penanaman capai 1,097.9 hektar

Terdapat 12 produk hiliran berasaskan harumanis dikelolaka­n Koperasi Jabatan Pertanian Perlis

-

Walaupun buahnya enak dimakan, tidak ramai yang tahu khasiat dan nutrisi harumanis Perlis. Nutrisi yang paling tinggi kadar peratusann­ya dalam harumanis Perlis ialah vitamin C

Beliau berkata, harumanis mendapat namanya daripada gabungan bau harum dan rasanya yang manis. Buahnya kurang serat dan rasanya yang manis hanya dapat dinikmati setahun sekali antara sebab utama buah ini menjadi buruan ramai.

"Oleh itu, penanam perlu menghasilk­an buah harumanis yang bermutu untuk disajikan kepada peminatnya yang datang dari serata tempat ke

Perlis bagi menikmati keenakan rasanya.

"Luas penanaman kawasan harumanis di Perlis sudah mencapai 1,097.9 hektar membabitka­n keluasan berhasil sebanyak

745.1 hektar apabila pendapatan dalam industri ini mencecah RM41.9 juta.

"Kita mempunyai

3,309 petani di negeri ini yang mengusahak­an tanaman berkenaan di bawah bimbingan Jabatan

Pertanian. Daripada jumlah itu, 46 petani sudah memperoleh Sijil Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)," katanya.

Beliau berkata demikian sempena lawatan media ke

Pusat Kecemerlan­gan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian

Bukit Bintang, Perlis, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Seksyen Pengembang­an dan Daerah, Jabatan Pertanian Perlis Mohd Nizam Abdul Aziz.

Low berkata, setakat ini, pihaknya mempunyai 12 produk hiliran berasaskan harumanis yang dikelolaka­n Koperasi Jabatan Pertanian

Perlis membabitka­n teh harumanis, kordial, ais krim, gula, serum (kecantikan) dan sabun.

"Tahun ini, kami menyasarka­n hasil jualan sebanyak 1,500 metrik tan berbanding 1,600 metrik tan pada 2017 kerana tahun ini musim menuai jatuh pada Ramadan.

"Pokok mempelam harumanis boleh dibiakkan melalui banyak kaedah. Antara kaedah cantuman yang digunakan ialah cantuman mata tunas, cantuman baji dan cantuman dewasa.

"Anak pokok boleh ditanam apabila mencapai ketinggian 45 sentimeter (sm) atau enam bulan selepas cantuman.

"Walaupun buahnya enak dimakan, tidak ramai yang tahu khasiat dan nutrisi harumanis Perlis. Nutrisi yang paling tinggi kadar peratusann­ya dalam harumanis Perlis ialah vitamin C," katanya.

Sementara itu, Ketua Kelompok Mangga Harumanis Felda Mata Air, Padang Besar Halim Kassim, 65, berkata, pihaknya membuat pangkasan, penjaranga­n dan membuang daun supaya proses penghasila­n buah dapat dihasilkan hingga ke tahap maksimum.

"Pokok mempelam yang kelihatan rendang dan agak rendah juga memudahkan proses pengurusan ladang seperti kawalan serangga perosak, membalut serta memetik buah.

"Buah yang dibalut juga dapat menentukan indeks kematangan buah untuk dipetik berpanduka­n sistem kod warna pada kertas pembalut dan buah yang dibalut akan kelihatan lebih bersih serta menarik.

"Rutin selepas habis musim menuai termasuk kerja pembersiha­n kebun, memotong rumput, kawalan serangga dan kulat, membuat pemangkasa­n pada pokok serta penjaranga­n tunas muda," katanya yang mempunyai 32 petani membabitka­n kawasan 16.9 hektar.

Menurutnya, Jabatan Pertanian Perlis banyak membantu dari segi khidmat nasihat dan khidmat pembanguna­n seperti kursus aruhan, baja, putik serta lepas tuai.

Sementara itu, Ketua Kelompok Mangga Harumanis Kampung Tanah Pasir, Beseri Osman Ali, 62, berkata, 50 ahli peladang membabitka­n 48 hektar yang mengusahak­an tanaman harumanis.

Menurutnya, pokok yang sudah mula berputik dan mengeluark­an hasil hendaklah dibalut supaya terhindar daripada serangan gejala atau simptom yang boleh merosakkan buah itu.

"Buah yang mencapai tahap usia empat hingga lima minggu selepas berputik atau ukur lilit antara 16 hingga 19 sentimeter perlu dibalut untuk menghindar­kan daripada serangan perosak.

"Kam selalu mengesyork­an kepada petani supaya mengikut jadual yang ditetapkan Jabatan Pertanian supaya buah dihasilkan tidak mengalami masalah atau rosak," katanya.

 ??  ??
 ??  ?? 2
2
 ??  ?? 6. MOHD Nizam (kiri) menerangka­n mengenai harumanis kepada peladang Kampung Tanah Pasir, Beseri sambil diperhatik­an Osman (dua dari kiri).
6
6. MOHD Nizam (kiri) menerangka­n mengenai harumanis kepada peladang Kampung Tanah Pasir, Beseri sambil diperhatik­an Osman (dua dari kiri). 6
 ??  ?? 1. PEKERJA membersihk­an mempelam harumanis di Pusat Kecemerlan­gan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang.
3. MOHD Nizam (dua dari kanan) menerangka­n kepada peladang berkelompo­k FELDA Mata Air, Padang Besar sambil diperhatik­an Halim (kanan)...
1. PEKERJA membersihk­an mempelam harumanis di Pusat Kecemerlan­gan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang. 3. MOHD Nizam (dua dari kanan) menerangka­n kepada peladang berkelompo­k FELDA Mata Air, Padang Besar sambil diperhatik­an Halim (kanan)...
 ??  ?? 2. LOW menunjukka­n produk hiliran berasaskan harumanis.
4. PEKERJA Pusat Kecemerlan­gan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang menunjukka­n buah yang sudah dibungkus.
4
2. LOW menunjukka­n produk hiliran berasaskan harumanis. 4. PEKERJA Pusat Kecemerlan­gan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang menunjukka­n buah yang sudah dibungkus. 4
 ??  ?? 5. BUAHNYA boleh dimakan segar dan enak.
5
5. BUAHNYA boleh dimakan segar dan enak. 5

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia