Harian Metro

Demi hasilkan buah bermutu

- DARI MUKA

Roda harumanis diedar kepada penanam di Perlis terutama peserta FFS untuk digunakan sebagai panduan

"Daripada kalendar berkenaan ia ditukarkan kepada roda harumanis yang lebih mudah untuk difahami, digunakan dan menarik.

"Terdapat aktiviti utama dan tarikh perlu diikuti penanam bagi menjamin kualiti buah yang terbaik pada kalendar ini.

"Roda ini juga menyediaka­n panduan kepada penanam untuk melakukan aktiviti membaja, membalut buah dan memungut buah pada waktu yang betul serta tepat bagi menghasilk­an buah berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian sempena lawatan media ke

Pusat Kecemerlan­gan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang, Perlis, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Seksyen Pengembang­an dan Daerah, Jabatan Pertanian Perlis Mohd Nizam Abdul Aziz.

Low berkata, roda harumanis ini akan diedarkan kepada penanam harumanis di Perlis terutama kepada peserta FFS (Farmer Field School) untuk digunakan sebagai panduan.

"Diharap dengan penghasila­n roda harumanis ini sebagai panduan kepada penanam, kes penjualan buah kurang matang dapat diatasi sekali gus menghasilk­an buah yang berkualiti premium di pasaran," katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya sudah menguaruar­kan ciri-ciri dan kaedah mengenal pasti mangga harumanis yang sebenar.

"Kami sudah memperkena­lkan kod maklum balas pantas (QR kod) pada buah harumanis bagi mengelak pengguna ditipu pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

"Pada peringkat permulaan, 30 daripada 90 peladang akan menerima QR kod tahun ini untuk ditampal pada setiap biji buah harumanis," katanya.

Menurutnya, cara untuk menentukan gred harumanis adalah berdasarka­n berat buah berkenaan, peratus kekotoran pada kulit dan bentuk harumanis.

"Secara umumnya, harumanis mempunyai berat antara 350 hingga 600 gram, peratus kekotoran pada kulit kurang daripada 15 peratus dan tiada cacat bentuk ia dikategori­kan sebagai buah gred A.

"Apa yang membezakan penentuan gred harumanis ialah fizikalnya saja. Rasa harumanis masih kekal sama walaupun grednya berbeza," katanya.

Katanya, pada 2 Ogos 2011, Jabatan Pertanian Negeri Perlis sudah mendaftark­an mempelam harumanis Perlis sebagai harta intelek-Mohamad Hussin.

 ??  ?? KAKITANGAN Jabatan Pertanian Perlis menunjukka­n ukuran yang sebenar untuk membalut buah harumanis.
KAKITANGAN Jabatan Pertanian Perlis menunjukka­n ukuran yang sebenar untuk membalut buah harumanis.
 ??  ?? MOHD Nizam (kiri) menggunaka­n alat khas bagi menentukan kualiti dan kemanisan harumanis.
MOHD Nizam (kiri) menggunaka­n alat khas bagi menentukan kualiti dan kemanisan harumanis.
 ??  ?? PENGARAH Jabatan Pertanian
Perlis Zulkefli Amin Mat Jusoh menunjukka­n QR kod pada mempelam harumanis.
PENGARAH Jabatan Pertanian Perlis Zulkefli Amin Mat Jusoh menunjukka­n QR kod pada mempelam harumanis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia