Harian Metro

Harumanis laris di Singapura

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

FAMA sasar eksport 12 tan metrik, akan dijual pada kejohanan Formula Satu Grand Prix

Harumanis terus menjadi kegilaan penggemar mangga di Singapura kerana faktor kualiti, rasanya yang manis dan berbau harum serta berkhasiat.

Sehubungan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menyasarka­n untuk mengekspor­t 12 tan metrik harumanis ke republik berkenaan.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata, harumanis kini menduduki senarai mangga premium dan memberi pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman mangga di Perlis.

Beliau berkata, sambutan yang diterima rakyat negara itu sungguh menggalakk­an kerana permintaan setiap tahun meningkat sejak dieksport.

“Permintaan agak positif kerana harumanis antara buah yang laris di Singapura berbanding mangga lain.

“Berikutan permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabang­sa, FAMA kini sangat menggalakk­an penanaman mangga menerusi konsep ladang kontrak di seluruh negara.

“Setakat ini, kita mempunyai 136 petani yang menyertai program ladang kontrak membabitka­n 144 hektar tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelepasan mangga harumanis Perlis ke Singapura di Pejabat FAMA Negeri Perlis, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah FAMA Negeri Perlis Mohamad Paisal Amri.

Ahmad berkata, ia dalam usaha memperkena­lkan produk industri asas tani (IAT) iaitu mangga harumanis dan beberapa produk sampingan berasaskan buah terbabit di eksport ke sana.

“Buat permulaan, kami akan eksport harumanis ini secara berperingk­at hingga selesai musim menuai yang dijangka akhir bulan ini.

“Setakat ini, kami mempunyai 11 cawangan pasar raya di Singapura yang akan menjual harumanis antaranya di Malaysia Halal Centre, di pasar raya Big Box di Jurong East dan Global Halal Hub di Jalan Chai Chee.

“Selain itu, di Agrobazaar MalaysiaSi­ngapura (ABMS), Geylang Serai dan megaraya ekspo,” katanya.

Menurutnya, buah harumanis juga akan dijual di kejohanan bertaraf dunia, Formula Satu Grand Prix Singapura, yang dijadual berlangsun­g pada September nanti.

“Pada kejohanan itu, pihak penganjur ada menyediaka­n tapak jualan khusus untuk penjualan harumanis.

“Sebenarnya penjualan harumanis di kejohanan itu bukanlah sesuatu perkara yang baru kerana sebelum ini kita sudah menghantar lebih 4.3 tan metrik ke Singapura khusus untuk kejohanan terbabit.

“Permintaan agak positif kerana buah harumanis antara buah yang laris di Singapura berbanding mangga lain,” katanya.

 ??  ?? AHMAD menampal pelekat buah harumanis Perlis. MANGGA harumanis siap dikotak sebelum dijual ke Singapura.
AHMAD menampal pelekat buah harumanis Perlis. MANGGA harumanis siap dikotak sebelum dijual ke Singapura.
 ??  ?? Buat permulaan, kami akan eksport
harumanis ini secara berperingk­at hingga selesai musim menuai yang
dijangka awal Julai depan
Buat permulaan, kami akan eksport harumanis ini secara berperingk­at hingga selesai musim menuai yang dijangka awal Julai depan
 ??  ?? AHMAD (depan dua dari kanan) dan Mohamad Paisal (dua dari kiri) merasmikan majlis pelepasan mangga harumanis.
AHMAD (depan dua dari kanan) dan Mohamad Paisal (dua dari kiri) merasmikan majlis pelepasan mangga harumanis.
 ??  ?? BUAH harumanis.
BUAH harumanis.
 ??  ?? HARUMANIS mempunyai dua warna hijau dan
kuning.
HARUMANIS mempunyai dua warna hijau dan kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia