Harian Metro

TINGKAT PENDAPATAN NELAYAN DARAT

-

Sebanyak 2.5 juta pelbagai benih ikan air tawar

dilepaskan di perairan Pahang tahun lalu

benih ikan dan penutup kembara santai Boat On The Road 2018 disempurna­kan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail di Empangan Chereh, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Pada program julung kali diadakan itu turut diadakan pertanding­an memancing untuk agensi kerajaan disertai 90 peserta yang menawarkan wang tunai dan hadiah iringan.

Sempena program itu, 7,520 benih ikan kelah, temoleh, lampam sungai dan terbul dilepaskan bagi menjamin kelestaria­n sumber perikanan selain menjadi pusat kajian ikan air tawar di negeri ini.

Azahari berkata, tahun lalu program pelepasan benih ikan turut diadakan di empangan terbabit yang kini terkenal dengan pelbagai spesies ikan air tawar berkualiti tinggi.

Katanya, jabatan sentiasa mengharapk­an sokongan nelayan darat dan masyarakat setempat untuk melaporkan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang perikanan seperti meracun termasuk menggunaka­n bahan letupan serta arus elektrik bagi tujuan menangkap ikan.

“Sokongan dan kerjasama diberikan dapat membantu mengekalka­n sumber perikanan di negeri ini yang terjejas sekiranya kegiatan dilarang masih dilakukan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Saya yakin sumber perikanan sungai di negeri ini terus kekal apabila program pelepasan benih ikan dilakukan secara berterusan setiap tahun,” katanya yang akan terus berusaha membantu nelayan darat.

Beliau berkata, tahun lalu lebih 916.3 tan ikan air tawar dan payau didaratkan yang memberi pendapatan kira-kira RM22.9 juta berbanding 977.8 tan (RM24 juta) pada 2016.

Katanya, kini terdapat 1,481 nelayan darat berdaftar di sembilan daerah di negeri ini, 779 orang menerima elaun sara hidup RM200 sebulan. Jumlah teramai di Rompin iaitu 289 diikuti Jerantut (265), Maran (269) dan Temerloh (153).

 ??  ?? MUHAMMAD Safian (depan dua dari kiri) dan Azahari
(depan tiga dari kiri) melepaskan benih ikan.
MUHAMMAD Safian (depan dua dari kiri) dan Azahari (depan tiga dari kiri) melepaskan benih ikan.
 ??  ?? BENIH ikan siakap dilepaskan ke Sungai Belat.
BENIH ikan siakap dilepaskan ke Sungai Belat.
 ??  ?? JABATAN Perikanan Pahang menyediaka­n benih ikan talapia merah untuk dilepaskan di empangan dan tasik.
JABATAN Perikanan Pahang menyediaka­n benih ikan talapia merah untuk dilepaskan di empangan dan tasik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia