Harian Metro

Resipi lazat bajet rendah

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Sajian untuk 8 hingga 10 orang dengan menu raya

Kimball

Menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu mengadakan rumah terbuka sepanjang Syawal. Pastinya setiap hujung minggu ada saja jemputan rumah terbuka daripada sanak-saudara mahupun sahabat handai, yang memberi peluang tetamu bertanya khabar selepas lama tidak berjumpa sekali gus mengeratka­n hubungan silaturahi­m.

Namun, dalam kegirangan menyambut raya, ramai mungkin tergoda untuk berbelanja melebihi pendapatan secara tidak sengaja. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), adalah lebih berkesan berbelanja tanpa melebihi bajet dengan membezakan keperluan dan kehendak.

Untuk itu, perancanga­n dan persediaan awal boleh membantu dalam pengurusan perbelanja­an lebaran. Antaranya dengan menyenarai­kan keperluan penting yang perlu dibeli selain membuat perbanding­an harga barangan atau servis untuk mendapatka­n promosi dan nilai terbaik mengikut lingkungan bajet keluarga.

Anda sekeluarga masih boleh mengadakan rumah terbuka dengan hanya mengeluark­an perbelanja­an sederhana, mengikut kemampuan. Sempena Aidilfitri tidak lama lagi, Kimball memperkena­lkan resipi raya mudah dan lazat membolehka­n anda mengadakan jamuan rumah terbuka dengan perbelanja­an di bawah RM100.

Menerusi menu raya Kimball, anda boleh menghidang­kan pelbagai sajian lazat untuk lapan hingga 10 orang dengan hanya RM100. Sate kepak ayam Kimball boleh disediakan dalam ketuhar bersama kuah kacang daging istimewa Kimball dihidangka­n dengan nasi himpit. Selain itu, anda boleh memadankan nasi tomato kacang kuda Kimball dengan kurma ayam dan sayur Kimball penuh perisa, dan nikmati kemanisan kek kurma Kimball menggunaka­n ramuan rahsia iaitu

Sos Mayonis Kimball agar kek kekal lembap walaupun dibakar malam sebelumnya.

Menurut Pengurus Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia

Sdn Bhd Tania Lee, Kimball membawakan semula resipi bijak yang mudah dan lazat ini atas sambutan yang menggalakk­an daripada pengguna setia Kimball tahun lalu.

“Tahun lalu, kami menerima sambutan menggalakk­an terhadap resipi Sajian Bijak

Raya Kimball daripada pengguna setia Kimball. Oleh itu, tahun ini, kami meneruskan kerjasama dengan cef untuk mencipta resipi baharu menggunaka­n Sos Cili Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia. Selain itu juga, pengguna Kimball tidak perlu risau sebab resipi baharu ini boleh dimasak tanpa memerlukan bajet yang tinggi,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai resipi Raya Kimball mudah dan lazat di bawah RM100 layari laman sesawang www.kimball.com.my.

 ??  ?? HIDANGAN lazat daripada Kimball untuk rumah terbuka.
HIDANGAN lazat daripada Kimball untuk rumah terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia