Harian Metro

Kelihatan menarik seperti kembar

- SEDONDON CERIAKAN RAYA

Menurut wanita ini, sejak berkahwin setiap tahun mereka mengenakan warna yang sama. Oleh kerana ahli keluarga meningkat jadi pemilihan rona sedondon ini kelihatan menarik terutama apabila dipakai anak kecil.

“Kami tidak pernah terlepas berpakaian sedondon setiap tahun. Oleh kerana mempunyai enam anak perempuan jadi setiap kali berkunjung ke rumah saudara-mara, anak akan jadi perhatian disebabkan mereka kelihatan sebaya dan seperti kembar.

Malah jika bukan hari raya sekalipun saya sering memakaikan mereka baju warna sama,” ujarnya.

Mengenai perbelanja­an raya, jelas Shaeriani dia tidak menyediaka­n pakaian yang banyak. Hanya sepasang baju kurung untuk anak dan sepasang lagi baju kasual.

“Biasanya saya menyediaka­n blaus dan denim untuk baju kasual. Untuk saya dan suami pula cukuplah sepasang pakaian saja. Saya memang tidak mahu berlebih-lebihan membeli pakaian baru. Jika busana lama masih elok tidak salah memakainya semula,” katanya.

Bagi menjimatka­n kos, Noor Shaeriani membeli fabrik kapas Jepun kerana warnanya yang eksklusif. Untuk busana anak semuanya bernilai RM600 termasuk upah jahit. Itu belum termasuk pakaian kasual, kasut dan kelengkapa­n lain dengan anggaran RM1,500.

“Saya lebih suka menempah pakaian kerana hasilnya lebih cantik mengikut ukuran badan anak. Bagaimanap­un, tempahan perlu dibuat sebulan sebelum puasa bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut waktunya. Untuk kemeja dan seluar pula biasanya dibeli seminggu sebelum raya,” katanya yang menetapkan bajet bagi mengelak berbelanja melebihi hadnya.

Katanya lagi, sejak melangsung­kan perkahwina­n, mereka bergilir-gilir menyambut raya di kampung halaman masing-masing. Jadi tiada istilah merajuk atau berasa tidak adil kerana beraya di kampung yang sama.

“Tahun ini kami beraya di Terengganu dahulu kemudian baru kembali ke Machang, Kelantan,” katanya bersyukur dikurniaka­n enam anak perempuan kerana mereka sudah boleh membantu melakukan kerja rumah.

Bagi pereka beg tangan, Siti Nor Hanir Zanar Misro seingatnya dia dan keluarga tidak pernah menyambut hari raya dengan memakai baju warna berbeza.

“Setiap tahun kami sekeluarga mesti berpakaian sedondon dan warna baju berdasarka­n pilihan ramai. Bagi saya sekiranya tidak mengenakan baju warna sama sambutan raya menjadi hambar,” katanya ketawa.

Untuk tahun ini Siti Nor dan suami, Mohd Dewa Abd Razak sepakat memilih kuning pastel sebagai tema Aidilfitri memandangk­an sudah agak lama tidak menggayaka­n rona keemasan ini. Walaupun suami tidak menyukai warna cerah atau terang, kuning adalah warna yang jarang sekali dijadikan tema.

“Apabila sudah mendapat warna tema, selalunya saya akan membeli baju sendiri dahulu. Ini kerana saya selalu bermasalah terutama untuk memadankan dengan tudung,” katanya yang mengakui agak mencabar menetapkan tema busana kerana memiliki enam anak lelaki. Walaupun anak lelaki biasanya mengikut saja, dia tetap meminta pandangan mereka.

“Maklumlah mereka sudah remaja, ada kala mereka juga punya cita rasa sendiri. Jadi adalah lebih baik sama-sama mendapatka­n pandangan semua supaya mereka gembira memakainya,” katanya.

Kata Siti Nor lagi, berpakaian sedondon menandakan persefaham­an antara satu sama lain. Ini kerana bukannya mudah mengikut enam pendapat berbeza, tanpa kemudi yang bagus agak sukar mendidik anak patuh arahan dan menerima pandangan ibu bapa.

“Saya ada pengalaman membeli-belah persiapan baju raya. Semasa anak masih kecil, ia agak mencabar kerana dengan suasana yang sibuk dan ramai orang memang susah untuk mengawal enam anak serentak. Jadi selalunya saya dan suami akan membawa anak secara bergilir-gilir iaitu dengan membawa tiga orang saja dan minggu seterusnya tiga orang lagi,” katanya yang menyediaka­n sepasang baju baru bagi setiap orang.

Berbeza pada masa sekarang, proses membelibel­ah menjadi lebih mudah kerana dia dan suami hanya perlu memberikan wang untuk anak pertama Muhammad Amirul Hakim, 21, dan kedua Muhammad Amirul Ridzuan, 19. Mereka mendapatka­n pakaian mengikut kehendak sendiri. Lagipun, anak lelaki tidak banyak kerenah berbanding anak perempuan.

“Saya ada enam anak lelaki berusia lapan hingga 21 tahun. Memandangk­an semua lelaki persiapan terutama untuk baju raya, agak mudah. Pilihan untuk baju lelaki tidaklah sebanyak baju perempuan dengan fesyen pelbagai. Jadi urusan membeli lebih cepat dan mudah.

“Untuk persiapan raya seperti mengemas rumah, anak sangat membantu. Selalunya tugas mengemas dalam dan luar rumah memang diberikan kepada mereka. Anak juga sudah faham inilah tugasan pada setiap tahun. Untuk bahagian dapur dan hiasan rumah saya dan suami pula yang uruskan,” katanya.

Mengenai perbelanja­an raya Siti Nor dan suami menyediaka­n bajet seawal sebelum puasa. Untuk enam anak dia dan suami seboleh-bolehnya menyediaka­n sepasang baju Melayu dan dua pasang baju kasual, dengan anggaran bajet di antara RM2,000 hingga RM3,000.

Persiapan lain seperti biskut raya selalunya dibeli daripada pengusaha biskut yang sama setiap tahun. Untuk hiasan rumah pula bergantung kepada keperluan.

“Apa yang penting adalah perbelanja­an pakaian anak kerana mahu atau tidak ia perlu disediakan. Pakaian baru mampu menceriaka­n mereka,” katanya yang akan pulang berhari raya ke kampung suami di

Jelebu, Negeri Sembilan dan sebelah petang pulang ke Bahau pula.

 ??  ?? BIRU tema Aidilfitri keluarga Siti Nor pada tahun lalu.
BIRU tema Aidilfitri keluarga Siti Nor pada tahun lalu.
 ??  ?? KELUARGA Noor Shaeriani memilih warna merah jambu untuk Aidilfitri tahun ini.
KELUARGA Noor Shaeriani memilih warna merah jambu untuk Aidilfitri tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia