Harian Metro

Nilai semula cara bermain

-

Ibu bapa mempunyai idea cipta ruang permainan lebih

kreatif menerusi Kempen Jadikan Bilik Untuk Bermain

Merujuk laporan Play IKEA yang menonjolka­n beberapa trend mengenai aspek bermain khasnya dalam 10 tahun akan datang menunjukka­n beberapa jenis permainan akan menjadi lebih multi-sensori atau bersifat kepelbagai­an deria.

Ini sejajar perkembang­an teknologi realiti maya

(VR) serta teknologi yang boleh dipakai di bahagian badan untuk memberikan pengalaman yang lebih realistik kepada si kecil.

Seiring rentak kehidupan yang semakin pantas, aspek permainan juga akan menjadi lebih rapat dengan kehidupan. Untuk itu individu akan bermain di tempat yang secara biasanya bukan untuk tujuan bermain, misalnya di tempat kerja. Permainan tidak lagi tertumpu di kawasan biasa seperti di padang atau ruang tamu rumah sebaliknya di manamana sahaja.

Malah sejajar perkembang­an teknologi yang pantas, semakin ramai memilih pelbagai permainan nostalgia yang menggamit memori zaman kanak-kanak seperti congkak, dam, nyanyian kanak-kanak atau permainan memerlukan mereka berada dalam kumpulan.

Meraikan pentingnya bermain dalam kehidupan harian, IKEA melancarka­n kempen Jadikan Bilik

Untuk Bermain bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai pentingnya bermain serta menggalakk­an mereka menilai semula cara dan tempat bermain.

Inisiatif ini disokong oleh penemuan dalam Laporan Play IKEA yang merungkai pentingnya bermain dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa serta meneroka cara bermain pada masa depan.

Menurut Timbalan Pengurus Runcit IKEA Malaysia Gerard Jensen, pihaknya mengutamak­an saat bermain kerana ia penting kepada kanakkanak agar mereka dapat menjalani kehidupan harian yang lebih baik.

“Kami ingin menggalakk­an semua rakyat Malaysia meningkatk­an aktiviti bermain di rumah, iaitu ruang untuk mengeratka­n silaturahi­m serta menikmati detik menyeronok­kan bersama keluarga. Apabila orang ramai mendukung pemikiran yang mementingk­an permainan, tugas akan menjadi lebih mudah, lebih-lebih lagi ia akan mengurangk­an tekanan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Katanya lagi, penemuan dalam laporan ini akan membantu membangunk­an pelbagai produk dan penyelesai­an baharu merentasi kediaman.

Dalam satu bengkel kerja anjuran IKEA barubaru ini menunjukka­n ada beberapa produk popular yang boleh diubah menjadi taman permainan mengujakan. Bermula daripada keseronoka­n memasang meja sehingga menggunaka­n meja

IKEA LACK sebagai papan mainan, jenama itu menunjukka­n betapa senangnya untuk mencipta ruang main di rumah.

“Menerusi kempen ini ibu bapa mempunyai idea mencipta ruang permainan yang lebih kreatif dan inovatif untuk anak mereka. Anak pula tidak berasa bosan sebaliknya lebih terbuka menghasilk­an idea bagi mencipta permainan yang lebih kreatif bersama rakan,” katanya. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? KANAK-KANAK boleh mencipta dekorasi indah menerusi
permainan.
KANAK-KANAK boleh mencipta dekorasi indah menerusi permainan.
 ??  ?? Apabila orang ramai mendukung pemikiran yang mementingk­an permainan, tugas akan menjadi lebih mudah, lebihlebih lagi ia akan mengurangk­an tekanan dalam kehidupan seharian
Apabila orang ramai mendukung pemikiran yang mementingk­an permainan, tugas akan menjadi lebih mudah, lebihlebih lagi ia akan mengurangk­an tekanan dalam kehidupan seharian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia