Harian Metro

Penyamun datang sebelum sahur

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Hasrat seorang wanita menyediaka­n juadah bersahur terbantut selepas mendapati rumahnya di sebuah kawasan kuarters kerajaan di Tudan di sini, dipecah masuk awal pagi semalam.

Difahamkan, kejadian disedari ketika wanita berusia 40 tahun itu bangun dari tidur bagi menyediaka­n juadah sahur kira-kira jam 3 pagi apabila mendapati pintu pagar besi rumahnya dalam keadaan terbuka.

Menurut sumber, curiga dengan perkara itu, mangsa melakukan pemeriksaa­n lanjut sebelum mendapati kunci mangga pada pintu pagar besi berkenaan sudah dirosakkan.

“Mangsa segera melakukan pemeriksaa­n dan mendapati terdapat barangan berharga miliknya hilang antaranya, telefon pintar, komputer riba, beg duit mengandung­i wang tunai RM200 dan RM595.35 (Ringgit Brunei - BND200).

“Malah, penjenayah terbabit juga seolah-olah terdesak

 Wanita rugi komputer riba, wang lesap rumah dipecah masuk Penjenayah seolah-olah terdesak hingga selipar milik mangsa yang diletakkan di bahagian luar rumahnya turut dikebas. Nilai kerugian keseluruha­nnya dianggarka­n lebih RM2,000”

Sumber

hingga selipar milik mangsa yang diletakkan di bahagian luar rumahnya turut dikebas. Nilai kerugian keseluruha­nnya dianggarka­n lebih RM2,000,” katanya.

Katanya, wanita terbabit langsung tidak menyedari kejadian itu malah tidak dengar sebarang bunyi mencurigak­an pada malam berkenaan.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri,” katanya

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n laporan itu dan kes sedang disiasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia