Harian Metro

Bahana potong gaji

- Mohd Rizal Abdullah cnews@nstp.com.my

 Pekerja bawa 3 rakan lagak samseng belasah majikan

Perbuatan ala samseng sekumpulan empat lelaki termasuk dua remaja membelasah pemilik restoran di bandar raya ini akhirnya memakan diri selepas ditahan polis di sini.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 16 dan 23 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan, masing-masing di Taman Tunku dan Jalan Chia Tze, di sini pada jam 1 tengah hari dan 12 tengah malam Selasa lalu, berikutan laporan polis dibuat mangsa.

Menurut sumber, semua suspek membelasah mangsa berusia 40 tahun itu yang juga pengusaha restoran di Jalan Miri ByPass di sini jam 11.30 malam, Sabtu lalu, dipercayai selepas tidak berpuas hati berhubung isu bayaran gaji.

Katanya, mangsa cedera di beberapa anggota badan akibat dibelasah kumpulan terbabit menggunaka­n objek keras yang belum di kenal pasti.

“Siasatan mendapati kejadian akibat rasa tidak puas hati remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga pekerja restoran itu berkaitan gaji. Remaja terbabit berang apabila mendakwa gajinya dipotong mangsa.

“Berdasarka­n laporan, mangsa memotong gaji kerana suspek tidak datang bekerja sebelum ini. Ia mengundang rasa tidak puas hati sebelum suspek membawa tiga lagi rakannya membelasah mangsa,” katanya. Julau: Sempena Hari Gawai hari ini masyarakat Dayak juga tidak ketinggala­n pulang ke rumah panjang masing-masing bagi meraikan sambutan itu bersama sanak saudara terutama dalam kalangan mereka yang bergelar anak rantau.

Malah, meraikan sambutan itu di rumah panjang seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan komuniti berkenaan, bahkan turut menjadi satu tradisi.

Seiring arus kemodenan, semakin banyak rumah panjang berubah wajah menjadi kediaman moden dengan binaan konkrit dan bertapak di atas tanah bukan di atas tiang tinggi seperti seni bina tradisiona­l.

Di Rumah Jana, Batu Matop di sini, antara rumah panjang yang masih mempertaha­nkan ciri tradisiona­l . Lebih menarik, ia turut dihiasi lukisan mural pada dinding kediaman 82 pintu itu.

Tuai Rumah, Jana Saweng, 66, menjelaska­n mural itu dilukis pada 1983 oleh seniman bernama Gerisip Nanta dan mempunyai pelbagai motif tradisiona­l masyarakat Dayak.

“Karakter utama pada mural ini dikenali sebagai Hantu Gergasi memaparkan lelaki bertangan naga. Semua lukisan ini tiada motif tersembuny­i atau unsur mistik, hanya sekadar hiasan sebagai daya penarik di rumah panjang ini.”

“Selain Hantu Gergasi turut dipaparkan pelbagai haiwan seperti orang utan, tenggiling, harimau bintang, dan burung kenyalang. Pelukis itu juga memasukkan imej karyanya,” katanya.

Menurutnya, pelukis itu adalah kenalan bapanya yang diminta menghasilk­an mural di rumah panjang berkenaan yang disempurna­kan dalam masa dua minggu. Kerajaan baru Sabah terus mempromosi­kan budaya masyarakat Kadazandus­un dan Murut (KDM) di peringkat antarabang­sa sebagai usaha berterusan memelihara serta meningkatk­an warisan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perayaan KDM seperti Pesta Kaamatan bukan setakat perayaan budaya, malah produk penting untuk membawa pelancong ke Sabah, khususnya pada setiap Mei.

Beliau berkata, perkara itu dibawa kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri Datuk Seri Madius Tangau untuk membangunk­an produk pelanconga­n masyarakat KDM termasuk meningkatk­an jualan kostum tradisiona­l masyarakat itu.

“Bagaimanap­un, ia bukan saja mengenai tarian dan kostum, tetapi juga makanan. Saya suka ‘hinava’ (ikan mentah diperah limau). Kita perlu promosikan makanan tradisi ini, bukan saja di sini, tetapi boleh dihidangka­n di London,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia