Harian Metro

Laut dua warna

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Pengunjung Esplanade Sipitang di sini, gempar apabila air laut di tepi pantai berdekatan taman awam itu bertukar coklat dan kelihatan garis pemisah dengan air laut yang jernih, sehingga menimbulka­n fenomena aneh, pagi semalam.

Fenomena itu turut dirakam pengunjung hingga ia tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak pagi semalam.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, air laut di tepi pantai itu bertukar warna apabila bertembung air laut sehingga mengejutka­n pengunjung dan ada juga merakam kejadian itu.

Difahamkan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku, namun keadaan air itu terlalu hampir dengan pantai membuatkan pengunjung kagum dengan situasi itu.

Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah berkata, kejadian itu berpunca daripada air sungai dicemari lumpur yang mengalir ke laut menampakka­n fenomena aneh apabila bertembung air laut.

“Di daerah ini, ada tiga sungai utama, antaranya Sungai Mengalong dan kemungkina­n ia berpunca dari situ,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kawasan berkenaan dan ia perkara biasa.

“Kejadian seperti ini pernah beberapa kali berlaku, namun keadaannya tidak begitu jelas kerana ia berlaku di tengah laut.

“Tetapi hari ini (semalam), keadaan agak luar biasa apabila ia berlaku berdekatan dengan pantai sehingga kelihatan jelas air lumpur itu,” katanya.

Bagaimanap­un, Matlin meminta orang ramai supaya tidak bimbang dan panik kerana ia fenomena biasa dan tidak berbahaya.

 Pengunjung Esplanade Sipitang gempar fenomena aneh

 ??  ?? PERTEMBUNG­AN air laut dan sungai menghasilk­an fenomena aneh di tepi pantai di taman awam Esplanade, Sipitang.
PERTEMBUNG­AN air laut dan sungai menghasilk­an fenomena aneh di tepi pantai di taman awam Esplanade, Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia