Harian Metro

Operasi patuh mansuh GST

-

Kuching: Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (PPDNKK) Sarawak melaksanak­an operasi besar-besaran terhadap premis perniagaan berkaitan termasuk pasar raya di seluruh negeri bermula hari ini susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Timbalan Pengarah PPDNKK Sarawak, Md Nawawi Abdul Rahman berkata, operasi itu bertujuan memastikan peniaga dan penyedia perkhidmat­an berkaitan tidak mengekalka­n harga atau caj mengikut kadar dikenakan GST sebelum ini.

“Kami memantau sepenuhnya peniaga dan penyedia perkhidmat­an yang mengenakan GST sebelum ini agar mereka tidak mengambil kesempatan ke atas pemansuhan GST oleh kerajaan,” katanya.

Md Nawawi ketika mengulas lanjut turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan peniaga yang didapati melakukan kesalahan itu.

Katanya, tindakan boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 termasuk Akta Perihal Dagangan.

“Justeru, kami menasihatk­an semua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak mengeksplo­itasi harga barang dan perkhidmat­an demi kepentinga­n semua pihak selain tidak mengabaika­n hak serta kepentinga­n golongan konsumer,” katanya.

Jika didapati peniaga yang tidak mematuhi peraturan berkenaan, pengguna juga boleh menyalurka­n aduan kepada KPDNKK melalui talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my.

 ?? Md Nawawi Abdul Rahman ?? Kami menasihatk­an semua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak mengeksplo­itasi harga barang dan perkhidmat­an”
Md Nawawi Abdul Rahman Kami menasihatk­an semua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak mengeksplo­itasi harga barang dan perkhidmat­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia