Harian Metro

Nutrien lengkap untuk si manja

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Susu UHT MARIGOLD penuhi segala keperluan pemakanan

si kecil

Melihat si manja membesar dengan sihat dan mengikut perkembang­an umur mereka sentiasa menjadi harapan setiap ibu bapa. Justeru, amat penting untuk ibu bapa memberikan anak nutrisi lengkap seawal usia bayi selain rangsangan persekitar­an yang membantu perkembang­an otak dan mindanya.

Apabila anak semakin membesar, pengambila­n diet yang seimbang dan pelbagai dalam kuantiti yang mencukupi amat penting. Dalam tempoh ini, pengambila­n susu juga penting untuk memastikan perkembang­an tulang dan tumbesaran yang sihat.

Pada usia ini, kanakkanak semakin aktif dan aktiviti bermain terbukti membantu dalam perkembang­an mereka.

Bermain membolehka­n mereka memaksimum­kan kemahiran kreatif dan pada masa sama membentuk kekuatan imaginasi, fizikal dan emosi. Secara langsung, bermain amat penting untuk perkembang­an otak dan fizikal yang sihat.

Dengan membenarka­n kanak-kanak bermain bebas, mereka akan belajar bermain secara berkumpula­n. Ini bererti mereka diberi kebebasan untuk berkongsi, berunding, menyelesai­kan masalah serta mempelajar­i kemahiran sokongan kendiri.

Susu UHT MARIGOLD menyediaka­n asas yang tepat bagi perkembang­an anak-anak. Susu UHT MARIGOLD pilihan susu yang tepat dalam menyediaka­n asas betul dengan nutrien yang cukup untuk perkembang­an mereka. Jenama ini percaya bahawa waktu bermain kanak-kanak dan bersama ibu bapa turut memainkan peranan penting.

Dalam menyokong pendekatan seumpama ini, Susu UHT MARIGOLD menghasilk­an satu formula unik ‘boneplus’ yang membantu penyerapan kalsium dan perkembang­an tulang.

Lebih menarik, ibu bapa juga boleh menggunaka­n pek susu ini sebagai medium aktiviti bersama anak-anak secara kreatif. Sebagai contoh, anda boleh mengadakan sesi bercerita bersama anak dan menggunaka­n pek susu sebagai karakter dalam sesi berkenaan.

Anda juga boleh meluaskan kreativiti dengan menggunaka­n pek ini dalam aktiviti kraf tangan selain digunakan dalam aktiviti fizikal seperti permainan boling dan pencarian harta karun. Semua ini terpulang kepada kreativiti masingmasi­ng dan tentunya masa anda bersama anak menjadi bertambah menarik.

Secara keseluruha­nnya, keperluan asas dan nutrien yang tepat memainkan peranan penting dalam perkembang­an kanakkanak, sama penting masa yang diluangkan oleh ibu bapa bersama anak mereka.

Bagi menyempurn­akannya, Susu UHT MARIGOLD mempunyai segala yang diperlukan oleh anak anda. Mengambil sekurang-kurangnya dua pek susu 200 milimeter (ml) sehari sudah cukup bagi anak sebagai langkah pertama.

Ini kerana susu ini memenuhi 50 peratus keperluan protein, 67 peratus keperluan kalsium dan lebih 100 peratus vitamin A dan D yang diperlukan setiap hari (Berdasarka­n Pengambila­n Nutrien yang Disyorkan untuk Malaysia 2005 daripada usia empat hingga enam tahun).

Susu ini boleh didapati dalam pek satu liter dan 200ml bagi varian Penuh Krim, Rendah Lemak, Strawberi dan Coklat. Maklumat lanjut di www. marigold.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia