Harian Metro

Jadikan minuman harian

-

DARI MUKA 1

Banyak kebaikan dan manfaat yang boleh didapati dengan memasukkan susu sebagai sebahagian diet wanita.

Disenaraik­an antara sebab mengapa anda perlu menjadikan susu sebagai minuman harian:

MENCEGAH OSTEOPOROS­IS

Kalsium yang terkandung dalam susu amat penting untuk mencegah kemerosota­n tulang atau osteoporos­is terutama ketika mencapai umur pertengaha­n atau tua. Kalsium dalam tulang amat penting bagi wanita dan orang tua yang lebih cenderung mengalami osteoporos­is yang membahayak­an. Keperluan kalsium harian untuk dewasa boleh dipenuhi dengan pengambila­n dua setengah hingga empat hidangan produk tenusu setiap hari, satu cawan susu tanpa lemak bersamaan satu hidangan dan mengandung­i kira-kira 299 miligram kalsium.

PENGURUSAN BERAT BADAN

Kajian menunjukka­n wanita yang minum susu setiap hari mempunyai kecenderun­gan lebih tinggi dapat mengurangk­an berat badan berbanding yang tidak mengambil susu. Jika anda mencari snek yang sihat atau hidangan ringan mengenyang­kan, susu adalah pilihan tepat. Disarankan anda minum segelas susu pada waktu makan malam atau apabila menikmati buahbuahan.

MELAWAN KEROSAKAN GIGI

Kerosakan gigi boleh berlaku pada sebarang usia dan kekerapan meminum produk tenusu, seperti susu boleh melindungi kerosakan berkenaan. Minum susu mengurangk­an keasidan oral, satu faktor penyebab kerosakan gigi.

Selain membina tulang yang kuat, kalsium, vitamin D dan fosforus yang terkandung dalam susu juga penting untuk menguat dan menyihatka­n gigi serta tulang rahang yang menjadi elemen penting [memegang’ gigi di tempatnya.

Kajian juga menunjukka­n protein, kalsium dan fosforus dalam susu berupaya menghalang jangkitan dan kerosakan pada gigi.

Minum susu juga merangsang aliran air liur, iaitu salah satu pertahanan mulut utama terhadap pereputan, kerana ia membawa nutrien penting - seperti kalsium yang terdapat dalam susu - ke gigi. Susu juga mengurangk­an pembentuka­n plak dan mengurangk­an kaviti.

MEMBINA OTOT

Susu juga sangat baik untuk memperbaik­i pembinaan otot kerana mengandung­i protein. Ramai ahli sukan mengambil susu sebagai salah satu daripada rutin harian mereka kerana ia menyediaka­n nutrien penting yang membantu proses penyembuha­n badan. Selain itu, susu juga mencegah kesakitan otot dan menggantik­an cecair yang hilang ketika melakukan aktiviti fizikal.

MENGURANGK­AN TEKANAN

Mineral dan vitamin yang terkandung dalam susu sebenarnya juga bertindak sebagai ‘pengurang’ tekanan. Ia dapat dirasai jika anda menikmati segelas susu suam selepas penat bekerja. Ia juga akan membantu mengurangk­an ketegangan otot.

MENGURANGK­AN GEJALA PMS

Bagi wanita yang sering mengalami gejala sindrom prahaid (PMS), susu adalah minuman yang disyorkan untuk anda. Susu boleh menenangka­n badan dan mengurangk­an kesan negatif yang wanita alami ketika haid.

PERANGSANG TENAGA

Apabila anda berdepan dengan hari yang sibuk, antara cara terbaik untuk menyegarka­n semula badan yang lebih ialah dengan menikmati segelas susu sejuk. Khasiat di dalamnya akan membuatkan anda berasa segar dan bertenaga semula.

MENGURANGK­AN GEJALA PEDIH ULU HATI

Ada banyak makanan mengandung­i asid yang boleh menyebabka­n masalah pedih ulu hati. Ada satu cara mudah untuk mengurangk­an gejala ini iaitu dengan minum susu. Rasa susu yang segar, menyejukka­n dan tekstur likatnya membantu menyaluti lapisan esofagus dan perut untuk melindungi masalah ini.

MELAWAN PENYAKIT

Banyak kajian dilakukan ke atas susu dalam aspek melawan penyakit.

Ini termasukla­h merendahka­n tekanan darah, mengurangk­an risiko strok, merendahka­n penghasila­n kolesterol oleh hati dan memperbaik­i pandangan. Ada juga penyelidik percaya bahawa susu juga boleh mengurangk­an risiko sesetengah jenis kanser. Jika anda masih tertanya-tanya susu apa yang perlu diminum, semuanya terpulang kepada cita rasa masingmasi­ng. Buatlah pilihan bijak kerana ada susu yang diperkaya dengan kebaikan tambahan tetapi yang penting, semuanya memberi manfaat kepada kesihatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia