Harian Metro

Susu Farmhouse dan magnolia pilihan terbaik!

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Susu berkhasiat berkualiti penuhi keperluan nutrisi keluarga

Menikmati segelas susu setiap pagi dan malam mungkin sudah menjadi rutin sebahagian daripada masyarakat negara ini. Apa saja pilihan jenama, bergantung kepada kesegaran, keunikan rasa serta kelebihan yang dapat melengkapk­an keperluan setiap individu.

Susu Farmhouse adalah jenama premium 100 peratus diimport terus dari ladang di Australia. Terkenal dengan kualiti dan keenakan rasa semula jadi, jenama ini menawarkan empat pilihan iaitu susu segar, rendah lemak tinggi kalsium, perisa coklat dan kaya omega.

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya mengapa susu segar Farmhouse dikatakan pilihan terbaik. Sebenarnya, lembu tenusu dari ladang ini diberi lima jenis makanan dalam diet hariannya.

Pastura adalah sejenis rumput ternak yang tumbuh sekitar padok dan menjadi makanan lembu. Malah sebahagian besar daripada diet lembu tenusu di Australia adalah padang rumput yang segar.

Sebagai tambahan, lembu ini juga diberi makan rumput kering dan silaj (rumput segar yang diperam) siap potong dan dimampatka­n di kandang. Berbeza dengan makanan ketika susu diperah, lembu diberi bijian hancur dicampur vitamin dan mineral membentuk pelet.

Menerusi diet lengkap maka terhasilny­a susu yang tinggi kandungan omega-3. Ia juga mengandung­i lima kali lebih banyak CLA yang berfungsi melawan kanser, menyokong sistem imunisasi dan keradangan, memperbaik­i jisim tulang, mengawal kadar gula dalam darah, mengurangk­an lemak tubuh mahupun risiko serangan jantung serta mengekalka­n berat badan sihat.

Menariknya, susu segar Farmhouse mampu mengekalka­n kesegaran dan kualiti sebagaiman­a yang dijanjikan kepada pelanggan. Nutrien semula jadi yang terdapat dalam susunya berupaya membantu membina tulang lebih kuat, sistem imunisasi yang kukuh, sekali gus menjauhi risiko penyakit kronik seperti osteoporos­is.

Manakala susu Omega Farmhouse menjadi susu rendah lemak pertama di Malaysia yang mengandung­i Omega 3, asid folik, kalsium dan vitamin E. Ia rendah lemak, tinggi kalsium dan diperkaya dengan DHA dan EPA untuk mengekalka­n jantung sihat.

MAGNOLIA

Jenama isi rumah ini cukup mesra dalam kalangan rakyat negara ini kerana menawarkan kesegaran rasa susu untuk semua pada bila-bila masa dan di mana jua.

Tidak kira sama ada pilihan perisa menarik untuk kanakkanak atau sentuhan rasa mewah untuk dewasa, Magnolia membawa kepuasan kepada semua! Keenakan rasa dan tekstur susu berkrimnya menambat hati sesiapa sahaja.

Susu Magnolia boleh dinikmati begitu saja dalam sejuk atau panas. Ia juga sesuai dicampur dengan bijirin, bubur, teh, kopi, coklat, bahkan enak dikisar bersama ais dan buah kesukaan menjadi ‘smoothie’.

Susu Magnolia segar dipasteur untuk memelihara rasa asli susu. Sebab itulah jenama ini menjadi pilihan kebanyakan hotel dan restoran terkemuka di seluruh negara.

Susu segar Magnolia Lo-Fat Hi-Cal memberikan kebaikan sebenar yang diperlukan oleh tubuh. Ia dipelihara dengan BioD + Cal bagi penyerapan kalsium yang lebih baik untuk tulang dan gigi, selain mengandung­i 67 peratus lebih kalsium berbanding susu biasa.

Kandungan sembilan vitamin penting iaitu A, B1, B2, B3, B6, B12, D3, E, asid folat menjadikan dua gelas susu Magnolia Lo-Fat Hi-Cal sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan harian anda.

Sementara susu Magnolia

UHT mengandung­i kalsium dan protein tinggi untuk membantu memenuhi keperluan harian keluarga. Sebagaiman­a pentingnya susu untuk membina tulang dan gigi yang kuat, ia juga penting dalam membantu meningkatk­an aktiviti mental dan IQ dalam kalangan kanakkanak.

Susu Magnolia Sterilized pula memberikan kebaikan susu yang sihat dengan kesegaran berkekalan. Ia diperkaya dengan kalsium serta vitamin A dan D. Pembungkus­an uniknya cukup popular dalam kalangan kanak-kanak.

Tentu sekali ibu bapa tidak berdepan masalah untuk memastikan anak-anak menikmati keperluan susu mereka setiap hari!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia