Harian Metro

Air tangan Hilmi tambat juri

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Jaguh Dapur Harian Metro-Kimball uji kreativiti peserta hasil ‘karya’ kulinari

Suasana ceria tetapi mendebarka­n menyelubun­gi ruang legar Pasaraya Giant Kota Damansara sebaik saja pertanding­an akhir Jaguh Dapur Harian

Metro-Kimball 2018 bermula.

Mana tidaknya, ketika itulah peserta mengetahui apakah bahan rahsia yang perlu digunakan untuk menyediaka­n dua hidangan istimewa secara spontan.

Itu belum lagi ‘berperang’ dengan masa di mana peserta perlu mencipta dua hidangan dalam tempoh 90 minit.

Tatkala melihat bahan rahsia yang disediakan, reaksi muka peserta nampak berubah. Mereka bagaikan tidak menjangka bahan rahsia digunakan dalam dua hidangan akan disajikan sebagai ‘karya’ akhir dalam pertanding­an itu adalah ubi keledek dan taufu.

Pengunjung Pasaraya Giant yang menyaksika­n pertanding­an julung kali diadakan itu juga bagai tertanya-tanya hidangan apakah yang boleh dihasilkan menggunaka­n dua bahan itu.

Selain itu, setiap hidangan juga perlu menggunaka­n mana-mana rangkaian produk sos Kimball (Sos Cili Kimball, Sos Tomato Kimball, Sos Berperisa

Tiram Kimball atau Mayonis Kimball) sebagai ramuan utama.

Pertanding­an akhir

Jaguh Dapur Harian Metro-Kimball 2018 itu nyata nampak rumit. Namun, itulah cabaran yang harus ditempuhi peserta untuk bergelar juara, sekali gus membawa pulang hadiah lumayan yang ditawarkan.

Selain itu, kriteria utama dalam pemarkahan juga bukan saja menjurus kepada rasa dan persembaha­n hidangan semata-mata, tetapi juga menitikber­atkan kreativiti serta keaslian.

Pelbagai ragam yang dapat dilihat. Ada yang menyediaka­n hidangan dalam keadaan tenang. Tidak kurang juga yang gementar lebih-lebih lagi perlu mencipta resipi terbaru dengan dua ‘bahan rahsia’ yang disediakan.

Insiden seperti hidangan terlebih masak dalam ketuhar, tersalah potong bahan dan kekalutan menyiapkan hidangan di saat akhir mewarnai pertanding­an.

Namun dengan keazaman dan kesungguha­n, peserta dapat menyelesai­kan tugasan itu sebaik mungkin walau ada sedikit keluhan yang didengari dek kesuntukan masa.

Atas minat, kepakaran di dapur dan kreativiti masing-masing, walau ia mendebarka­n, namun mereka berjaya menghasilk­an hidangan yang nyata di luar dugaan barisan hakim yang terdiri daripada Cef Norzailina Nordin, Cef Fikree Adnan, Pengarang Eksekutif Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein dan Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara, Michelle Nunis.

Menitikber­atkan rasa, persembaha­n hidangan, kreativiti dan keaslian, resipi Bergedil Kari Salsa Sos Mayonis dan Sotong Sumbat Kacang Kuda Cita Rasa Kimball hasil air tangan Mohd Hilmi Mohamad Alias dinobatkan juara Jaguh Dapur Harian

Metro-Kimball 2018.

Selaku juara, Mohd Hilmi menerima RM10,000 bersama plak dan produk Kimball untuk setahun, baucar Petronas RM500 serta berpeluang menyumbang­kan resipi ciptaannya dalam ruangan Hati di Harian Metro.

Naib juara dimenangi Chan Hee Mooi dengan resipi Kimball Happy

Family dan Kimball Spring Platter dan menerima RM5,000 bersama plak, bekalan barangan Kimball selama tiga bulan dan baucar Petronas RM500.

Manakala tempat ketiga milik Amy Norina Jamil dengan resipi Kerabu Keledek Bersama Mangga dan Mayonis Kimball serta Ayam Panggang Bersama Sos Lada Mayonis dan Tauhu Sos Tiram.

Ini membolehka­n Amy menerima RM3,000, plak, bekalan produk Kimball selama sebulan dan baucar Petronas RM500.

Dua pemenang sagu hati, Horiyah Salleh dan Muhammad Falihin Jasmi masing-masing menerima RM500 serta produk Kimball.

Jaguh Dapur Harian Metro-Kimball adalah peraduan dibuka kepada pembaca Harian Metro di seluruh negara.

Caranya mudah dengan pembaca hanya perlu menyediaka­n hidangan pilihan menggunaka­n mana-mana rangkaian produk sos Kimball (Sos Cili Kimball, Sos

Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball atau Mayonis Kimball) sebagai ramuan utama.

Kemudian, ambil gambar dan kepilkan bersama resipi lengkap sebelum menghantar­nya kepada Harian Metro.

Setiap resipi hendaklah ringkas dan boleh disediakan dalam masa 30 minit dengan saiz hidangan empat hingga lima orang. Dari segi kos, ia lebih menjimatka­n.

Pengadilan dibuat berdasarka­n rasa, persembaha­n hidangan, kreativiti dan

keaslian.

 ??  ?? MOHD Hilmi (tengah) bersama peserta dan barisan juri selepas dinobatkan sebagai juara Jaguh Dapur Harian Metro-Kimball 2018.
HORIYAH mengambil bahan masakan. MOHD Hilmi menunjukka­n hidangan Bergedil Kari Salsa Sos Mayonis dan Sotong Sumbat Kacang Kuda...
MOHD Hilmi (tengah) bersama peserta dan barisan juri selepas dinobatkan sebagai juara Jaguh Dapur Harian Metro-Kimball 2018. HORIYAH mengambil bahan masakan. MOHD Hilmi menunjukka­n hidangan Bergedil Kari Salsa Sos Mayonis dan Sotong Sumbat Kacang Kuda...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia