Harian Metro

HOSPITAL SAKIT

Mengejutka­n apabila 39 hospital utama kerajaan tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC) terutama berusia lebih 100 tahun. Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Kajang (HK) adalah antara hospital disenarai Jabatan Bomba

- Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Putrajaya

Ketiadaan sistem keselamata­n kebakaran yang lengkap berserta Sijil Perakuan Bomba (FC) menjadikan hospital kerajaan di negara ini, terutama yang berusia lebih 100 tahun ibarat bom jangka kerana berdepan risiko tinggi kebakaran.

Skuad Khas Harian Metro diberitahu terdapat puluhan hospital kerajaan di seluruh negara yang berusia lebih 100 tahun dan kebanyakan­nya tidak mempunyai FC.

Secara purata, ada sekurang-kurangnya satu hospital lama berusia lebih 100 tahun di setiap negeri.

Mengikut statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), terdapat 21 hospital kerajaan di seluruh negara tidak mempunyai FC pada 2017. Sehingga April 2018 pula, daripada 85 hospital kerajaan, 39 tidak mempunyai FC.

Sumber memberitah­u Harian Metro, antara hospital kerajaan yang terdedah kepada risiko kebakaran ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Kajang (HK), Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan puluhan hospital lain yang tidak dinamakan.

Buktinya, pada 25 Oktober 2016, enam pesakit di ICU HSA iaitu K Logeswaran, 20, Choo Lin Fung, 37, Toh Ah Wah, 60, Yusof Hassan, 53, M Kaliama, 23, dan C Neeramala Devi, 24, maut dalam kebakaran disebabkan ketiadaan sistem keselamata­n kebakaran di hospital itu.

Menurutnya, apa yang lebih menyedihka­n tragedi menyayat hati di HSA belum cukup untuk membuka mata Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak berkuasa yang lain untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Benar, apabila ia (kematian) berlaku, satu pasukan khas siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca masalah selain diarahkan mencari jalan penyelesai­an.

“Hasil siasatan dibentangk­an kepada KKM. Antara dikenal pasti ialah ketiadaan sistem keselamata­n kebakaran yang lengkap di HSA menjadi punca utama kebakaran gagal dikawal dengan baik.

“Pihak siasatan kemudian mencadangk­an pemasangan dan pembaharua­n sistem keselamata­n kebakaran bukan saja di HSA malah

Pusat perubatan berusia lebih 100 tahun terdedah kepada risiko kebakaran

semua hospital lama di seluruh negara yang dilapor bakal menelan belanja RM60 juta.

“Malangnya, hanya RM1 juta diluluskan. Dana itu kemudian dicadang supaya digunakan melatih doktor, jururawat dan petugas hospital bagi menyelamat­kan pesakit di hospital ketika berlakunya kebakaran,” katanya.

Katanya, ketiadaan peruntukan itu menyebabka­n masalah ‘bom jangka’ di semua hospital kerajaan itu tidak dapat diselesaik­an sehingga hari ini.

“Sehingga kini di HSA yang sudah meragut enam nyawa pun masih gagal memasang sistem keselamata­n kebakaran seperti dikehendak­i JBPM. Malah, sampai hari ini

 ??  ?? MESIN mengepam air yang sudah rosak dan tidak diselengga­ra yang terdapat di salah sebuah hospital.
MESIN mengepam air yang sudah rosak dan tidak diselengga­ra yang terdapat di salah sebuah hospital.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia