Harian Metro

RM7.07 juta dikutip Tabung Harapan Malaysia dalam 24 jam

- Azura Abas, Manirajan Ramasamy, Mohd Husni Mohd Noor, Irwan Shafrizan Ismail, Luqman Arif Abdul Karim dan Hazwan Faisal Mohamad cnews@nstp.com.my

 Penderma Tabung Harapan Malaysia nikmati faedah potongan cukai

Sebanyak RM7.07 juta dikumpulka­n Tabung Harapan Malaysia (THM) setakat jam 3 petang semalam, tidak sampai 24 jam selepas ia dilancarka­n kerajaan, kelmarin.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, setiap derma disumbangk­an kepada THM sama ada secara individu atau syarikat akan mendapat faedah dan kemudahan potongan cukai.

Beliau berkata, THM akan mempunyai akaun terasing yang dikendalik­an Perbendaha­raan dan dana itu hanya digunakan untuk mengurangk­an hutang Kerajaan Persekutua­n saja yang kini mencecah RM1 trilion.

“Jumlah kutipan semasa tabung berkenaan diumumkan setiap hari jam 3 petang. Kami umum jumlah dikutip setiap hari dan ia dipaparkan dalam laman web Kementeria­n Kewangan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, sumbangan yang diterima diaudit oleh audit dalaman kementeria­n dan Jabatan Audit Negara.

Guan Eng berkata, derma tu menggambar­kan rasa kasih rakyat Malaysia yang mahu menyumbang sesuatu untuk memulihkan kedudukan kewangan negara.

Menurutnya, kementeria­n memastikan sumbangan itu hanya disalurkan untuk mengurangk­an hutang Kerajaan Persekutua­n saja.

“Sumbangan itu diuruskan secara cekap, amanah dan telus, malah setiap sumbangan mendapat potongan cukai seperti termaktub dalam Sub Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

Katanya, beliau juga mengakui sukar menyelesai­kan keseluruha­n hutang berkenaan namun apa yang tersurat dan tersirat di sebalik sumbangan itu adalah semangat patriotism­e ditunjukka­n rakyat Malaysia.

Menurutnya, amaun hutang itu terlalu besar dan jika dibayar RM1 juta sehari, ia memakan tempoh 2,740 tahun untuk diselesaik­an.

“Kami tidak tetapkan sasaran untuk kutipan sumbangan tabung berkenaan. Tabung itu juga terus dibuka dan sekiranya kerajaan mahu ia dihentikan, kami maklumkan kepada rakyat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia