Harian Metro

‘Tak ada FC, tapi masih selamat’

-

sistem pancuran air.

“Nak tebuk ambil masa, lagipun hospital ini memang sedang digunakan.

“Sekiranya hospital baru senang kerja dilakukan tanpa mengganggu penghuni hospital termasuk pesakit dan kakitangan,” katanya.

Menurut Dr Aman, peruntukka­n tahun lalu yang diluluskan sebanyak RM25 juta.

Ketika ini, katanya, ia dalam peringkat untuk kontraktor Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementeria­n Kerja Raya menjalanka­n kerja mengikut peruntukan diluluskan itu.

Beliau berkata, bagi hospital lama, ia bukan semudah sekelip mata memenuhi kelayakan bagi mendapatka­n Sijil Perakuan Bomba (FC).

“Perkara ini kalau kita nak cerita pasal kelayakan serta peraturan bomba tetapkan, takkanlah sampai kita nak tutup hospital pula.

“Bomba berikan pengakuan jika mahu ikut kriteria, memang tak boleh keluarkan FC, tetapi tidak bermakna hospital ini tidak selamat.

“Kami berusaha menambah baik keselamata­n di hospital termasuk langkah pencegahan dan menangani kebakaran.

“Sekiranya berlaku kebakaran boleh diambil tindakan segera. Bagaimanap­un, kerja-kerja ini tidaklah boleh dilaksanak­an sekelip mata,” katanya.

Sementara itu, usaha wartawan Harian Metro gagal mendapatka­n komen Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datin Dr Nor Akma Yusuf dan Pengarah Hospital Kajang Dr Md Fikri Abu Bakar.

Hospital

Kajang

dibina

1889 juga terlalu sesak dan bangunan uzur manakala HKL diasaskan 1870 walaupun beberapa kali dibuat pembaikan dan ubahsuai namun tidak mendapat kelayakan FC.

Kebakaran di Unit Rawatan Rapi HSA meragut nyawa enam pesakit termasuk empat wanita pada 25 Oktober 2016 dilaporkan berpunca daripada kebakaran pada kapasitor lampu.

Manakala, kebakaran pada 17 Mac 2018 di HKL didakwa disebabkan litar pintas dan merebak dengan cepat kerana stor itu turut digunakan untuk menyimpan banyak peralatan perubatan daripada plastik.

 ??  ?? DR Aman
DR Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia