Harian Metro

Isteriku, isterimu jua

-

(India): Seorang suami yang sedar isteri yang baru dikahwinin­ya tiga bulan lalu sebenarnya mencintai lelaki lain bertindak mengaturka­n satu majlis untuk menyatukan pasangan berkenaan.

Times Of India melaporkan, kisah umpama filem Bollywood itu berlaku di kampung Sanigwan apabila lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sujit mengaturka­n satu majlis pada Rabu lalu untuk mengahwink­an isterinya, Shanti dengan kekasih wanita itu, Ravi.

Sujit yang tinggal di Sanigwan berkahwin dengan Shanti yang berasal dari Shyam Nagar pada 19 Februari lalu.

Sejak berkahwin Sujit sering melihat isterinya bersedih dan pada satu hari Shanti menangis memberitah­u suaminya bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin dengannya.

Sujit pada mulanya terkejut dengan pengakuan isterinya, namun dia berjanji dengan Shanti untuk mengahwink­annya dengan Ravi.

Beberapa hari kemudian, Sujit bertemu Ravi yang turut mengaku dia kekasih Shanti.

Selepas mendengar pengakuan pasangan berkenaan, Sujit bertemu keluarga kedua-dua pihak untuk meyakinkan mereka mengenai rancangann­ya dan meminta polis untuk membantu.

Akhirnya pada Rabu lalu, ratusan penduduk berkumpul di sebuah kuil di kampung itu untuk menyaksika­n perkahwina­n Shanti dan Ravi.

“Pada mulanya banyak perkara buruk bermain di fikiran saya. Namun selepas berbincang dengan orang tua dalam keluarga kami dan di kampung saya akhirnya mencapai satu penyelesai­an bahawa kami bertiga boleh hidup gembira,” kata Sujit. - Agensi

 ??  ?? SUJIT (kanan) ketika mengahwink­an isterinya dengan kekasih wanita itu di sebuah kuil di kampung Sanigwan di Kapur, India pada Rabu lalu. - Agensi
SUJIT (kanan) ketika mengahwink­an isterinya dengan kekasih wanita itu di sebuah kuil di kampung Sanigwan di Kapur, India pada Rabu lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia