Harian Metro

MAHU ANAK BANGGA

- AFP

 Serena bangkit sebelum benam Ashleigh, mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis

Serena Williams menegaskan dia mahu anak perempuann­ya berbangga selepas bangkit daripada ketinggala­n satu set sebelum menundukka­n pemain Australia, Ashleigh Barty 3-6, 6-3, 6-4 sekali gus mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis, awal pagi semalam.

Juara tiga kali dan bekas pemain nombor satu dunia itu sekali lagi mengenakan sut ketat serba hitamnya pada aksi Grand Slam pertamanya sejak memenangi Terbuka Australia 2017 ketika sedang hamil dua bulan.

Namun, dia hampir ‘bungkus awal’ di Paris sebelum memperagak­an semangat juang tinggi seperti yang ditunjukka­n ketika mengatasi masalah darah beku yang mengancam nyawanya selepas melahirkan Alexis Olympia Ohanian, September lalu.

“Ia begitu menakjubka­n. Saya gembira kembali ke sini. Saya tewas set pertama jadi saya tahu saya perlu bekerja lebih keras dan akhirnya Serena muncul,” katanya.

“Saya akan kembali ke sini untuk aksi beregu bersama Venus. Tidak kira perseorang­an mahupun beregu, saya akan berjuang habis-habisan.”

Dia turut mengakui anaknya menjadi inspirasi untuk terus memburu kemenangan dan dia menyasarka­n rekod sepanjang zaman Margaret Court yang berjaya meraih 24 gelaran utama.

“Ini Grand Slam pertama saya selepas kembali beraksi jadi saya mahu memberikan yang terbaik. Saya boleh memberitah­u anak saya satu hari nanti betapa saya sudah memberikan yang terbaik,” katanya.

Serena akan berdepan pemain Jerman, Julia Goerges untuk merebut tempat ke kelompok 16 terbaik esok dan kemenangan mungkin menyaksika­n dia bertemu seteru lama, Maria Sharapova bagi tiket ke suku akhir.

 ??  ?? SERENA melambaika­n tangan kepada peminat selepas mengalahka­n Ashleigh, semalam.
SERENA melambaika­n tangan kepada peminat selepas mengalahka­n Ashleigh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia