Harian Metro

JDT ikat pemain import baru

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Tindakan ‘luar biasa’ dilakukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika jendela perpindaha­n kedua berakhir Ahad ini apabila bertindak menamakan pemain import baru, Fernando Marquez dalam usaha merealisas­ikan impian memburu kejuaraan kelima Liga Super musim ini, sekali gus layak ke Liga Juara-Juara Asia.

Bagaimanap­un, status Marquez yang difahamkan dibeli dari kelab Argentina, Atletico Belgrano dengan harga AS$600,000 (RM2.3 juta) mengikut laporan kelab itu belum pasti sama ada diturunkan pada aksi menentang Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

JDT juga mengumumka­n seorang lagi pemain dari Argentina untuk menguatkan jentera serangan berganding­an bersama Marquez, sekali gus senario itu menggambar­kan kedudukan Har ry Novillo dan Jorge Santos yang baru membuat tiga penampilan bakal diketepika­n.

Pengendali JDT, Raul Longhi menyifatka­n kehadiran Marquez dalam skuad Harimau Selatan akan menajamkan lagi jentera serangan ketika tiga aksi lalu posisi itu tampak lesu.

“Fernando adalah pemain kelab Atletico Belgrano dan dia dipinjamka­n untuk beraksi bersama kelab Defhhensa Justicia yang beraksi di Superliga Argentina, selain menjadi antara lima penjaring terbanyak dalam liga itu,” kata Longhi.

“Kehadiran Fernando akan menguatkan lagi jentera serangan dan saya optimis dia akan memberi impak positif dalam skuad JDT. Seorang lagi pemain baru dari Argentina juga dibawa masuk dan akan diumumkan dalam masa terdekat.”

Skuad Harimau

Selatan turut membuat persiapan rapi untuk berdepan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang kini menghuni tangga kedua liga dan pastinya pertembung­an kedua-dua pasukan bakal sengit.

Longhi sendiri menegaskan JDT akan berdepan beberapa perlawanan sukar dan perlu berwaspada untuk memastikan tidak lagi tercicir mata selepas sekadar seri 0-0 dengan PKNS FC, Ahad lalu.

 ??  ?? SANTOS bakal diketepika­n JDT.
SANTOS bakal diketepika­n JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia