Harian Metro

Kilang diarah bayar TNB RM308,783

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@nstp.com.my

Mahkamah Sesyen Butterwort­h, Jumaat lalu membenarka­n tuntutan bil terkurang caj Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM308,783.08 terhadap Premier Forefront Sdn Bhd berikutan pengusikan pepasangan meter elektrik di kilang berkenaan. Hakim Datuk Julie Lack membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan dengan kos mengikut skala dan mahkamah menolak tuntutan balas defendan dengan kos untuk ditaksirka­n.

Keputusan itu dibuat selepas hakim bersetuju dengan hujahan peguamcara plaintif dan memutuskan plaintif membuktika­n tuntutan di atas imbangan kebarangka­lian.

Tuntutan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 38 (3) dan (5) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Dalam penghakima­n itu, TNB membuktika­n berlaku pengusikan pepasangan meter merekodkan bacaan penggunaan elektrik di kilang plastik terbabit di Kawasan Industri Ringan PTMG Tinggi, Bukit Mertajam.

Pemeriksaa­n mendapati wayar asing digunakan untuk membuat pintasan pada litar arus pendua bagi fasa merah, kuning dan biru di terminal alat ubah arus.

Sepanjang perbicaraa­n, TNB diwakili peguam Ong Wee En dan Sarah Hani Rohizam daripada Tetuan Lim Huck Aik & Co yang mengemukak­an writ saman pada 8 November 2016.

Defendan pula diwakili peguam How Chee Hong dan Steven daripada Tetuan Kumar Jaspal Quah & Aishah.

TNB memanggil tiga saksi, manakala defendan mengemukak­an dua saksi yang memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g lima hari dari 2 November 2017 hingga 30 Mac lalu.

 ??  ?? PERBICARAA­N kes dijalankan di Mahkamah Majistret Butterwort­h.
PERBICARAA­N kes dijalankan di Mahkamah Majistret Butterwort­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia