Harian Metro

Nik Omar terus jadi tumpuan

-

Kota Bharu: Lebih tiga minggu berakhirny­a Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka Nik Omar Nik Aziz masih menjadi tumpuan rakyat.

Anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarha­m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu bukan dicari untuk berpolitik sebaliknya memenuhi jemputan sebagai penceramah sempena Ramadan ini.

Dia yang juga Pengetua Madrasah Darul Anuar mengembara ke beberapa negeri untuk menyampaik­an kuliah sejak awal

Ramadan lagi.

Nik

Omar, 53, berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menyampaik­an kuliah agama di seluruh negara sejak menjadi pengetua maahad beberapa tahun lalu.

“Saya mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk meluaskan ceramah saya kepada orang lain dan sehingga kini sudah menjelajah ke Perak, Melaka dan beberapa negeri berdekatan.

“Sudah menjadi hasrat saya untuk berkongsi ilmu sebanyak mungkin bagi mendapat keredaan Allah dalam masa yang singkat, sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Bapa lima anak itu berkata, dia akan terus mendekati rakyat menerusi ceramahnya walaupun pada pilihan raya lalu.

“Saya tidak kisah kalah dalam PRU14, asalkan niat saya untuk berkhidmat kepada rakyat dapat ditunaikan,” katanya.

“Seperti apa yang saya maklumkan sebelum ini, apabila saya menyertai bidang ini (politik)...saya tidak akan sekali-kali berundur,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia