Harian Metro

Clarke guna buku jurnal

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Catat pengalaman belakang tabir penggambar­an siri Game of Thrones

Bagi mengelak sebarang maklumat siri popular Game of Thrones (GOT) dibocorkan kepada umum, produksi melarang pelakonnya membawa kamera dan telefon bimbit ke set penggambar­an.

Disebabkan itu, bintang siri terbitan HBO ini, Emilia Clarke mencatatka­n segala pengalaman­nya dalam buku jurnal.

Antara catatan harian pelakon berusia 32 tahun itu termasuk kenangan di belakang tabir penggambar­an.

Menurut Clarke, jurnal itu sebagai persediaan sebelum berpisah dengan wataknya, Daenerys Targaryen apabila siri berdasarka­n novel

George R R Martin terbabit menamatkan kisahnya pada musim kelapan.

Pelakon jelita itu turut meminta jurugambar

Helen Sloan yang bertugas di set penggambar­an untuk mengambil gambar di sebalik tabir sebagai kenangan.

Dalam temu bual bersama majalah Vanity

Fair, baru-baru ini, Clarke memberitah­u merancang berkongsi jurnal dan gambar berkenaan kepada peminat GOT pada masa depan.

Pada sesi temu bual berasingan dengan majalah Rolling Stone, Clarke mengakui lakonannya dalam GOT membantu melonjakka­n namanya dalam industri hiburan.

Sebelum ditawarkan watak Daenerys, pelakon Britain terbabit mendedahka­n berdepan kesukaran mencari rezeki dalam dunia lakonan.

Persembaha­n Clarke dalam GOT semakin menyerlah manakala wataknya memainkan peranan penting dalam kisah fantasi itu selain antara kegemaran peminat.

Sepanjang tujuh tahun membintang­i GOT, pelakon berkenaan diberi kepercayaa­n membawa watak besar dan penting sebagai Sarah Connor dalam filem Terminator Genisys diikuti kisah romantis Me Before You.

Terbaru ini pula, bintang Hollywood itu beraksi dalam filem Han Solo sebagai Qi’ra, leftenan kepada penjahat Dryden Vos.

Menurut Clarke, dia sudah menandatan­gani kontrak untuk berlakon dalam beberapa filem Star Wars.

“Namun, perjanjian itu bukan bermaksud saya dijamin lakonan dalam filem Star Wars,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia