Harian Metro

Bakti setulus hati

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@nstp.com.my

 Tokoh korporat muda ketuai misi kemanusiaa­n di negara bergolak

Baru berusia 34 tahun, namun beliau mengetuai rangkaian syarikat pelbagai bidang sebagai tokoh korporat dan pada masa sama mengetuai misi kemanusiaa­n di negara bergolak seperti Syria serta Palestin.

Terbaru, beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sekali gus mencatatka­n dirinya individu termuda menyandang jawatan itu.

Itu kelebihan dimiliki Naib Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby yang bukan saja menguruska­n perniagaan di pejabat, tetapi juga berada di medan konflik untuk membantu ratusan ribu pelarian.

Dengan kepelbagai­an pengalaman, beliau menjadi rujukan pelbagai pihak sama ada swasta, badan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merangka pelan strategik dan menyusun idea penting.

Menurutnya, beliau pernah diculik pengganas selama lima jam ketika berada di Syria pada 2014 dan nyaris maut akibat serangan udara ketika melaksanak­an misi kemanusiaa­n di kawasan pertempura­n di Aleppo.

Katanya, selain itu, beliau pernah terperangk­ap di Gaza selama 12 hari pada

2012 ketika krisis Israel-Palestin memuncak dan dia berada di sana untuk menguruska­n bantuan kecemasan kepada penduduk Gaza bersama Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

“Pernah ditanya saudara Syria dan Gaza akan kenapa saya dan sahabat sanggup menempuh segala ujian hidup mati untuk bantu mereka? Saya lantas menjawab kerana kami adalah rakyat Malaysia.

“Lalu mereka memeluk erat dan menangis kerana terharu dengan jawapan spontan itu.

“Niat saya melakukan semua ini kerana merasakan ummah perlu mempunyai pelan strategik jangka panjang untuk bantuan pembanguna­n semula khususnya pendidikan dan saya rasa saya boleh membantuny­a.

“Syria sudah 20 kali kami masuk untuk laksanakan misi bantuan ke bandar konflik seperti Aleppo, Hama, Idleb dan Azaaz.

“Pengalaman melaksana misi bantuan termasuk Sudan, Lubnan, Mesir, Gaza, Arakan-Rohingya dan Kosovo semua sekali 60 kali dan bukanlah mudah kerana saya perlu memastikan jaringan dengan rakan gabungan di sini rasmi serta dipercayai.

“Tetapi setakat hari ini, Alhamdulil­lah, semua misi yang saya sertai dan terajui disempurna­kan mengikut objektif dikehendak­i. Kita bekerjasam­a secara rasmi bersama Agensi Wakaf Kerajaan Turki dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Turki, manakala untuk Gaza pula, kita adalah rakan kerjasama berdaftar di bawah OIC.

“Banyak lagi yang saya hasratkan untuk pembanguna­n ummah, saya takkan berhenti walaupun pernah diancam pelbagai ugutan,” katanya yang juga Ketua Misi Bantuan Kemanusiaa­n Rescue-Syria MAPIM sejak lima tahun lalu.

Beliau yang boleh berbahasa Arab dan Inggeris turut dilantik sebagai Naib Presiden NGO Pendidikan Antarabang­sa Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabang­sa (IESCO), Presiden Kehormat Youth For Syria (Y4S) dan Board Of Trustee, Kesatuan NGO Kemanusiaa­n Syria (ITIHAD) yang menaungi 200 NGO kemanusiaa­n Syria, sekali gus satu pencapaian tertinggi aktivis kemanusiaa­n di peringkat antarabang­sa.

Selain itu, beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang dan menempa nama sebagai penerima tunggal Ijazah Kehormat Doktor Kesukarela­wan dan termuda dalam sejarah 95 tahun SITC-UPSI yang disempurna­kan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pada Majlis Istiadat Konvokesye­n UPSI kali ke-19, tahun lalu.

Antara jawatan penting lain termasukla­h dilantik Pengerusi Jawatankua­sa Pemacu Plan Strategik serta Jawatankua­sa Pelaburan dan Wakaf Universiti di peringkat lembaga pengarah.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Sani Araby (kanan) menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang.
AHMAD Sani Araby (kanan) menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang.
 ??  ?? KETIKA meninjau kerosakan dalam misi bantuan kemanusiaa­n di negara bergolak.
KETIKA meninjau kerosakan dalam misi bantuan kemanusiaa­n di negara bergolak.
 ??  ?? AMBULANS yang disumbangk­an untuk membantu pelarian Syria.
AMBULANS yang disumbangk­an untuk membantu pelarian Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia