Harian Metro

‘Saya tak tahu’

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

 Warga asing tak gentar berpeleser­an di ibu kota walaupun ada operasi JIM

“Apa itu Ops Mega ? Saya tak tahu!” itu antara reaksi kebanyakan warga asing yang berpeleser­an di kawasan Jalan Petaling di sini.

Wartawan yang melakukan tinjauan hampir dua jam semalam, mendapati ratusan warga asing terutama dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan itu.

Kebanyakan mereka bersiar-siar, bertemu rakan dan membeli-belah pelbagai barang keperluan di kedai yang diusahakan rakan senegara.

Walaupun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru melakukan operasi di sekitar kawasan itu Jumaat lalu, selain mengumumka­n bakal melaksanak­an Ops Mega 3.0 bertujuan menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara bermula 1 Julai depan, kehadiran warga asing tetap ramai.

Namun usaha mendekati mereka sukar berikutan rata-rata mereka melarikan diri setiap kali wartawan mengajukan soalan berkaitan kehadiran mereka di kawasan itu.

Rata-rata mereka mendakwa tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Seorang warga asing yang enggan dikenali mendakwa jumlah warga asing di Jalan Petaling semalam, berkurang berbanding biasa.

Dia mendakwa ia kemungkina­n berpunca susulan operasi JIM, petang Jumaat lalu.

Sementara itu, pekerja pembersiha­n warga Bangladesh, Rehman, 36, memberitah­u berkunjung ke kawasan itu setiap hari Ahad untuk bertemu rakan senegara.

“Saya tidak tahu mengenai operasi (JIM), memang saya biasa datang sini dari Nilai, Negeri Sembilan,” katanya.

Peniaga tempatan yang ingin dikenali sebagai Ramli, 56, berkata, kebiasaann­ya jumlah warga asing lebih ramai pada Ahad.

“Semasa operasi Jumaat lalu, ramai yang ditahan. Operasi sebegini perlu dilakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya mereka (warga asing) mula takut.

“Sebelum ini mereka berperanga­i jelik seperti berada di negara masing-masing. Dalam kalangan 10 peniaga di sini, hanya dua saja peniaga tempatan termasuk saya.

“Kalau boleh operasi perlu dilakukan sehingga ke dalam bangunan seperti Kompleks Kotaraya. Saya lihat semakin ramai warga asing berniaga di dalam bangunan itu. Jangan hanya periksa (warga asing) yang berpeleser­an, tangkap sekali semua peniaga haram ini,” katanya.

Kelmarin, 170 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Imigresen Malaysia di Jalan Petaling di sini.

Dalam operasi bermula jam 4 petang, Imigresen Malaysia memeriksa 330 warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut turun padang dalam operasi yang disertai Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali.

 ??  ?? WARGA asing berpeleser­an ketika tinjauan di sekitar Jalan Petaling, semalam.
WARGA asing berpeleser­an ketika tinjauan di sekitar Jalan Petaling, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia