Harian Metro

Mati makan 80 beg plastik

-

Bangkok: Seekor ikan paus mati di selatan Thailand selepas makan lebih 80 beg plastik, kata pihak berkuasa, sekali gus menamatkan usaha menyelamat mamalia itu yang ditemui sakit.

Thailand adalah satu daripada pengguna terbesar beg plastik dunia, yang membunuh ratusan haiwan marin yang tinggal berhampira­n pantai popular negara itu setiap tahun.

Paus pandu jantan kecil itu menjadi mangsa terbaru selepas haiwan itu ditemui tenat di sebuah terusan berhampira­n sempadan dengan Malaysia, kata Jabatan Sumber Marin dan Laut dalam Facebook mereka semalam.

Pasukan doktor haiwan cuba ‘menstabilk­an mamalia itu, namun gagal’ tengah hari kelmarin, kata tulisan berkenaan.

Jabatan itu berkata, bedah siasat pada haiwan itu mendedahka­n, 80 beg plastik seberat sehingga lapan kilogram ditemui dalam perut mamalia itu.

Beberapa gambar sebelum ini menunjukka­n kumpulan berkenaan menggunaka­n boya untuk memastikan paus itu timbul selepas kali pertama dilihat Isnin lalu dan payung untuk melindungi­nya daripada terik matahari.

Jabatan itu berkata, paus terbabit memuntahka­n sehingga lima beg plastik ketika cubaan menyelamat sebelum ia mati.

Pakar biologi marin dan pensyarah Universiti Kasetsart, Thon Thamrongna­wasawat berkata, beg plastik itu menjadikan­nya sukar buat mamalia terbabit makan sebarang makanan berkhasiat.

Thon berkata, sekurang-kurangnya 300 haiwan marin termasuk paus pandu, penyu dan ikan lumba-lumba mati setiap tahun di perairan Thailand selepas makan plastik. - AFP

 ??  ?? PAKAR biologi marin melakukan bedah siasat pada seekor ikan paus yang mati selepas ditemui sakit di Songkhla, Thailand. - Reuters
PAKAR biologi marin melakukan bedah siasat pada seekor ikan paus yang mati selepas ditemui sakit di Songkhla, Thailand. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia