Harian Metro

Kemelut aksi yo-yo

-

 Albicelest­e tagih sentuhan Sampaoli julang Piala Dunia

Argentina bukan nama asing dalam lipatan sejarah Piala Dunia. Tampil dalam 16 edisi Piala Dunia sebelum ini, mereka menjulang gelaran sama dua kali iaitu di laman sendiri pada 1978 dan Mexico lapan tahun kemudian apabila pasukan diperkasak­an legenda Diego Maradona menewaskan Jerman Barat 3-2 pada perlawanan akhir.

Bagaimanap­un, selepas itu, Argentina terus tercari-cari sentuhan juara yang masih tidak kesampaian hingga kini.

Masih bergantung sepenuhnya kepada Lionel Messi, Argentina kini mengharap sentuhan Jorge Sampaoli untuk memburu gelaran juara di Russia.

Sampaoli adalah jurulatih ketiga menerajui Argentina selepas Alejandro Sabella meletak jawatan susulan gagal meraih kejuaraaan pada edisi 2014, kalah kepada Jerman pada aksi final.

Sejak itu skuad Albicelest­e berdepan krisis untuk membentuk jati diri pasukan sehinggala­h kehadiran Sampaoli yang menghadirk­an gelaran pertama mereka iaitu Copa America 2015.

Bagaimanap­un, kemelut prestasi kekal berlanjuta­n pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 biarpun akhirnya kemenangan ke atas Ecuador dengan hatrik daripada Messi pada perlawanan terakhir memastikan mereka melonjak ke tangga ketiga kumpulan dan layak ke Russia.

Aksi persahabat­an juga memberikan keputusan tidak menentu dengan kekalahan kepada

Nigeria 2-4

November lalu, disusuli kemenangan 2-0 ke atas Itali pada Mac, namun kekalahan 1-6 kepada Sepanyol beberapa hari kemudian dianggap antara persembaha­n terburuk mereka sejak kebelakang­an ini.

Kemenangan ke atas Haiti, 4-0 juga dengan hatrik Messi, baru-baru ini, sedikit sebanyak memberi semangat sebelum berlepas ke Russia.

Diletakkan dalam Kumpulan D, mereka berdepan tugas mencabar untuk menangani cabaran luar jangka Iceland, Croatia dan Nigeria.

Andai berjaya melepasi peringkat kumpulan, nasib mereka dikatakan lebih baik kerana diletakkan dalam undian yang memisahkan mereka daripada Brazil, Jerman dan England sehinggala­h ke final.

Semuanya bergantung kepada kebijaksan­aan dan taktikal

Sampaoli dan kelincahan

Messi.

 ??  ?? SAMPAOLI MARADONA mengucup Piala Dunia milik Argentina pada 1986.
SAMPAOLI MARADONA mengucup Piala Dunia milik Argentina pada 1986.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia