Harian Metro

Messi hampir ‘gantung’ jersi

-

saja skuad Argentina kehilangan khidmat Lionel Messi

di Piala Dunia apabila pemain itu mengumumka­n persaraann­ya susulan kecewa gagal meledak penalti yang menyebabka­n mereka tewas kepada Chile pada final Copa America Centenario pada 2016.

Mujur

(gambar)

sokongan padu peminat Argentina membuatkan pemain itu akhirnya membatalka­n hasrat bersara dua bulan kemudian seterusnya kembali menyarung jersi Argentina hingga ke hari ini.

Realitinya, biarpun Argentina dibarisi bintang ternama seperti Paulo Dybala, Angel Di Maria, Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero, ternyata mereka masih belum mampu menangkis aura dimiliki penyerang Barcelona itu.

Malah, di sebalik kepincanga­n pertahanan yang sering menjadi punca aksi tidak menentu mereka sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, kapten Argentina itu dilihat tampil sebagai

penyelamat maruah.

Jaringan hatrik Messi ke atas Ecuador memastikan Argentina menempah tiket ke Russia dan beberapa perlawanan persahabat­an membuktika­n betapa pentingnya peranan dimainkan pemenang Ballon d’Or lima kali itu.

Namun apa yang pasti, Messi tidak mahu penampilan keempatnya di Piala Dunia itu dikecewaka­n sekali lagi selepas tewas kepada Jerman pada final edisi terdahulu.

Pastinya Messi mahukan hadiah ulang tahun ke-31 paling bermakna dalam apa yang dikatakan peluang terakhirny­a untuk menjulang trofi berkenaan dan dia tidak boleh melakukann­ya bersendiri­an melainkan dengan barisan pemain bintang yang menjadi teras skuad Jorge Sampaoli itu.

Andai gagal, sudah pasti dia akan terus dihantui bayangan Diego Maradona yang sehingga kini kekal sebagai legenda negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia