Harian Metro

21 NGO bantu individu tanpa kerakyatan

-

Kota Kinabalu: Sebanyak 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif bekerjasam­a membantu kerajaan negeri menyelesai­kan masalah individu tanpa kerakyatan di Sabah.

Pengerusi Jawatankua­sa penajanya Datuk Nani Sakam berkata, semua NGO berkenaan bersetuju bersatu dan bekerjasam­a menjadi pengantara antara penduduk tanpa dokumen dan agensi negeri berkaitan.

“Isu individu tidak mempunyai kerakyatan adalah masalah besar ketika ini kerana ramai orang tempatan tidak mempunyai dokumen. Mereka ini kebanyakan­nya di luar bandar.

“Peranan kami sebagai pencadang rekomendas­i kepada kerajaan negeri kerana kebanyakan NGO ini orang yang sangat faham dengan apa yang berlaku di negeri ini,” katanya selepas bengkel dua hari mengenai usaha menangani isu dokumentas­i, di sini.

Bengkel itu dianjurkan Pembanguna­n Sumber Manusia untuk Kawasan Luar Bandar (DHRRA) yang berakhir, semalam.

Nani berkata, mereka memperoleh sekurang-kurangnya lima cadangan untuk dibawa ke perhatian kerajaan negeri.

“Ini hanya peringkat awal dan kami belum memuktamad­kan cadangan itu. Kami akan bermesyuar­at lagi bagi membincang­kan perkara itu.

“Kami sudah menubuhkan Majlis Pembanguna­n Sumber Manusia Anak Negeri Sabah untuk melihat isu tanpa kerakyatan secara terperinci,” katanya.

Nani menegaskan jawatankua­sa itu bertujuan membantu individu tidak berdokumen yang tinggal di Sabah tanpa mengira kaum, termasuk Bajau Laut atau Pala’u.

 ??  ?? NANI (tengah) bersama sebahagian 21 NGO.
NANI (tengah) bersama sebahagian 21 NGO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia