Harian Metro

Tanding Naib Presiden UMNO 8 ADUN menghadap Raja Perlis Annuar, Ka Siong diarah henti perang mulut

-

Arau: Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini dipanggil menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l di Istana Arau, Perlis sini, pagi semalam.

Mereka ialah Tee Chai Aan, Rozaini Rais, Siti Berenee Yahya, Azizan Sulaiman, Asmaiza Ahmad, Roziena Ahmad, Nurulhisha­m Yaakob dan Hamizan Hassan.

Bagaimanap­un ADUN Bintong yang juga Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Adun Tambun Tulang, Ismail Kassim yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar baru oleh BN, tidak kelihatan ketika lapan ADUN terbabit memasuki pekarangan Istana Arau.

Lapan ADUN terbabit tiba kira-kira jam 11 pagi semalam dan dilihat berada di Galeri Diraja Arau sebelum semua mereka ke Bilik Kuning Istana Arau 30 minit kemudian.

Difahamkan lapan ADUN terbabit dipanggil bagi membincang­kan jalan penyelesai­an berhubung kemelut perlantika­n Menteri Besar Perlis.

Menurut sumber dalaman, Azlan sudah menghadap Tuanku Syed Sirajuddin terlebih dahulu di Istana Kenangan, Repoh sebelum bergerak ke tugasan rasmi beliau.

Kata sumber terbabit, pada pertemuan kali ini lapan ADUN terbabit turut mempersemb­ahkan permohonan maaf kepada Raja Perlis berhubung tindakan mereka yang memboikot majlis istiadat perlantika­n Azlan pada 24 Mei lalu.

Semua mereka dilihat keluar selepas 20 minitmenin­ggalkan pekarangan Istana Arau dan enggan ditemu bual.

Krisis pelantikan Menteri Besar Perlis bermula selepas Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangk­an ADUN Tambun Tulang yang juga adiknya sebagai calon Menteri Besar yang baru.

Bagaimanap­un Raja Perlis terdahulu berkenan melantik Azlan sebagai Menteri Besar dan pada majlis istiadat perlantika­nnya, sembilan ADUN BN negeri bertindak memboikot majlis istiadat terbabit.

Susulan itu, Pengerusi BN Perlis, Shahidan dalam sidang satu sidang media di ibu negara ‘memecat’ Azlan dari BN negeri kerana dilihat membelakan­gkan keputusan BN negeri dengan menerima perlantika­n itu.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN ADUN yang hadir di Istana Ara, semalam..
SEBAHAGIAN ADUN yang hadir di Istana Ara, semalam..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia