Harian Metro

Geng Tiger pecah rumah tumpas

-

Marang: Dua remaja lelaki bawah umur termasuk seorang masih bersekolah antara lima ahli Geng Tiger yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar Bukit Payong, dekat sini.

Suspek berusia 14 tahun yang masih bersekolah dan seorang remaja berusia 16 tahun serta tiga lagi termasuk ketua mereka dikenali sebagai Mie Tiger dicekup dalam serbuan berasingan di sekitar Bukit Payung pada 1 dan 2 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, siasatan mendapati suspek utama berusia 29 tahun dikatakan merekrut dua remaja terbabit untuk memecah masuk rumah dikenal pasti berikutan saiz badan mereka yang kecil.

Beliau berkata, dua remaja bawah umur terbabit akan memecah masuk, manakala dua lagi membuat pemantauan sebelum barangan dicuri dijual di sekitar kawasan Marang dan Kuala Terengganu.

“Kumpulan itu menyasarka­n barangan berharga seperti barangan kemas, jam tangan dan telefon bimbit serta wang tunai dengan menjadikan rumah yang ditinggalk­an pada hujung minggu sebagai sasaran.

“Susulan penahanan mereka, kami menyelesai­kan sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah di sekitar Bukit Payong dan merampas pelbagai barangan seperti jam tangan, telefon bimbit dan beg tangan serta beberapa barangan pecah rumah.

“Selain itu, kita turut menemui satu plastik mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah dalam serbuan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini, semalam.

Fazlisyam berkata, pihaknya kini mengenal pasti pembeli barangan yang dicuri kumpulan berkenaan untuk tindakan lanjut.

Katanya, hasil pemeriksaa­n ujian saringan kencing mendapati semua suspek berusia 14 hingga 37 tahun positif dadah jenis methamphet­amine dan suspek utama mempunyai 15 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah dan dadah sejak 2003.

 ??  ?? FAZLISYAM ( kan an ) melihat barangan kes pecah rumah yang dirampas susulan penahanan lima ahli Geng Geng Tiger. Tiger.
FAZLISYAM ( kan an ) melihat barangan kes pecah rumah yang dirampas susulan penahanan lima ahli Geng Geng Tiger. Tiger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia