Harian Metro

BETUL-BETUL ‘HEAVEN’

Bijiran dan serbuk coklat asli pekat tarikan gerai air balang Nordiana

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my

Air coklat dibancuh menggunaka­n bijiran dan serbuk coklat asli pekat menjadi tarikan gerai air balang milik Nordiana Yazid, 29, di Bazar Ramadan

Stadium Darul Makmur, di sini.

Katanya, air coklat yang diberi nama Chocolate Heaven itu antara minuman popular yang menjadi pilihan orang ramai dan lazimnya habis sebelum jam 7 malam.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia dan suami, Mohd Iqbal Haris, 29, mendapat idea untuk menjual minuman itu selepas melihat kurangnya peniaga menjual air coklat asli.

“Saya menggunaka­n serbuk dan bijiran coklat yang asli untuk memastikan kenikmatan rasa coklatnya kekal meskipun ais mencair.

“Resipi ini adalah olahan tersendiri selepas melakukan percubaan dan rata-rata pelanggan berpuas hati dengan kualiti dan rasanya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Nordiana turut menjual sembilan jenis air lain antaranya, teh, mocha, jambu asam boi, lemon laici dan strawberi laici.

Selain Choclolate Heaven, mocha dan teh ais turut menjadi minuman kegemaran pengunjung di gerainya, setiap hari.

“Biasanya kami akan menukar air buah, setiap hari untuk memberi kepelbagai­an dan lebih pilihan kepada pelanggan.

“Setiap air buah ini pula pula menggunaka­n buah-buahan asli dan tiada campuran kordial

Setiap air buah ini pula menggunaka­n buah-buahan asli dan tiada campuran kordial” Nordiana

mahupun pewarna,” katanya yang sudah berniaga di bazar berkenaan sejak 2014.

Sementara itu, mengulas pembabitan­nya dalam program keusahawan­an 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU), Nordiana berkata, dia banyak menimba ilmu perniagaan menerusi program itu.

Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan menjelang 2020.

“Saya mengikuti program ini menerusi aplikasi yang disediakan Coca Cola Malaysia. Saya diajar bagaimana untuk memulakan dan mengembang­kan perniagaan.

“Walaupun saya mempunyai pengalaman selama empat tahun menjual air balang dan mempunyai gerai makan sendiri, saya tetap menuntut ilmu keusahawan­an bagi memantapka­n perniagaan saya,” katanya.

 ??  ?? NORDIANA melayan pelanggann­ya di Bazar Ramadan Stadium Darul Makmur.
NORDIANA melayan pelanggann­ya di Bazar Ramadan Stadium Darul Makmur.
 ??  ?? NORDIANA menunjukka­n air yang dijualnya di Bazar Ramadan Stadium Darul Makmur.
NORDIANA menunjukka­n air yang dijualnya di Bazar Ramadan Stadium Darul Makmur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia